Minyak Masak Recycle




Marah, terkejut, geram, sakit hati. Apa lagi yang boleh saya ungkapkan semasa membaca berita muka depan The Star dua hari lepas.
COOKING OIL HAZARD satu berita yang memang mengejutkan. Kerana mahukan profit yang berlipat kali ganda, ada pengusaha tamak tidak bertanggungjawab memproses balik minyak masak yang telah digunakan, dibungkus kembali dalam packet 1 kilogram dan dijual balik kepada consumer pada harga yang murah. Yang lebih mengejutkan, minyak masak recycle ini senang didapati dimana-mana kedai runcit dan juga pasaraya-pasaraya diseluruh negara.

Mengikut penilaian standard antarabangsa, minyak recycle yang dijual balik selepas diproses memang fail tapi mereka dikira tidak melakukan sebarang kesalahan kerana Malaysia tidak mempunyai minimum quality mark untuk minyak masak.

Ianya memang popular dikalangan pengguna dan pengusaha kedai makan kerana harganya yang lebih murah TAPI TAHUKAH ANDA IANYA AMAT MERBAHAYA KEPADA KESIHATAN. Menurut pakar, jika minyak masak recycle nie diguna berulang kali, ianya boleh menyebabkan hypertension, menjejaskan hati dan untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan kanser.

Jadi lain kali, kalau nak beli minyak masak, kita kena cautious. Kena jadi consumer yang bijak dan tahu apa hak kita sebagai pengguna. Seelokknya belilah minyak masak dari established brand walaupun harga mungkin sedikit mahal dari 1kg packet minyak masak recycled.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan