Kereta ‘mendarat’ atas van



KOTA BHARU: “Saya terkejut mendengar dentuman kuat sebelum ternampak sebuah kereta melayang ke atas van,” kata seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Madi, 18, menceritakan mengenai kemalangan sebuah kereta dipandu laju hingga terbabas dan melayang ke atas sebuah van di Jalan Long Yunus di sini, jam 7.30 pagi semalam.
Dia yang bekerja sebagai jurupam stesen minyak berkata, kejadian itu berlaku di hadapan stesen minyak tempatnya bekerja ketika dia mengisi minyak kenderaan pelanggan.
Katanya, dia dikejutkan dengan bunyi kuat sebelum terlihat kereta berada di atas van selepas merempuh timbunan pasir di hadapan sebuah kedai.

“Kejadian itu mengejutkan hingga saya sendiri tergamam. Tidak sangka pula kemalangan berlaku di depan mata.

“Pemandu kereta itu pada mulanya enggan turun dari kereta Perodua Myvi yang dinaikinya kerana terkejut, tetapi selepas dipujuk dia keluar dan beredar bersama rakan yang datang mengambilnya,” katanya. 

Sumber : Harian Metro, busuk.org

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu