Isnin, 9 Januari 2012

Makan Kat The Apartment


Ada satu hari tu aku dah kawan cadang nak tengok movie 3D, tak kisahlah cerita apa janji 3D sebab aku tak pernah lagi menonton secara 3D. Almaklumlah di Kelantan mana ada panggung. Yang ada di Bazaar Buluh Kubu dan panggung Lido disebelah Grand River View dah lama tutup, dah sedekad agaknya. Kami dah check dalam newspaper apa movie menarik pada hari tu, tiada yang menarik kecuali ada satu movie cartoon. Tak kisahlah, kartun pun kartunlah. Janji 3D. Kempunan sangat nak tengok sambil pakai cermin mata besar tu.

 source : backpackingmalaysia

Lepas beli makanan ringan, terus kami masuk kedalam. Menariknya, tak ramai kat dalam ni, boleh kira dengan jari tapi ni yang syok seolah panggung ni ana yang punya. Terpegun aku masa tengok movie kartun ber3D ni. Rasa macam aku berlakon sama dalam garis cerita tu. Tak rugi rasanya aku pilih movie cartoon ni. Memang puas. Rasa nak tengok sekali lagi. 

Masa kami keluar dari panggung tu dah tengah hari, dah nak masuk petang pun. Perut pun terasa lapar. Jadi, kami decide untuk makan kat dalam the curve, senang, hanya menapak dua tiga langkah saja. Puas dah mundar mandir kat dalam The Curve, tak tahu nak makan kat mana, semua nampak macam sedap tapi yang penting mesti kena halal.

Lepas mengira kiri kanan, depan belakang, kami ambil keputusan makan kat The Apartment. Sampai depan The Apartment tu, pelayan bawa kami ke meja, bagi menu dan apa lagi, kami pun pilihlah apa yang patut. Perut ni dah menjerit lapar.  Aku pilih set lengkap. Senang sikit. Tak payah pening nak order apa. Yang pasti steak kena medium rear, baru sedap, masak sangat tak syok. 

 The Apartment restaurant & bar

 Dalam The Apartment

Kejap jea kami tunggu, hidangan pertama dah sampai, sepinggan salad. Ha ha ha. Aku tak berapa suka salad. Kemudian, sup pulak sampai. Sup yang dihidang boleh tahan sedapnya, sup carrot. Potion sup tu boleh tahan banyak juga sampai naik risau aku takut nantu hidangan lain yang on the way takleh aku nak telan sebab kenyang. Dan akhirnya main dish sampai, sepinggan steak yang diatasnya ada sebijik telur yang boleh aku kata half cook. Presentation ?? Aku tak kisah. Aku datang nak makan bukan nak tengok cara dia hidang tu macam mana. Janji sedap dan perut kenyang.

 Salad dan sup carrot

 Main dish, sekeping steak beserta telur diatasnya

Layanan kat The Apartment aku kata excellent. Sekejap-sekejap datang tanya macam mana hidangan kitorang, nak apa-apa lagi ke dan semestinya senyum sampai pipi. Really helpful. 

 Makan kena licin. Membazir tak baik nanti jadi sedara setan

Dah habis makan, perut pun dah kenyang, apa lagi nak blah lah. Buat apa nak stay lama-lama kat sini. Mintak bill, bayar pastu baru kitorang angkat kaki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...