Jumaat, 13 Januari 2012

Makan Time Kat TGI Friday

Cerita pasal makan nie memang best. Dengan cerita balik, try imbas balik, terasa apa yang sudah saya makan ari tu masih sedap lagi kat mulut nie.

Kalau saya sebut TGI Friday, saya rasa memang dah ramai tahu pasal restaurant nie. Brach die pun memang banyak tapi mostly concentrated kat area Klang Valley. Saya sebelum nie tak pernah pun menjenguk dan memakan kat restaurant nie. Tapi ada satu kali tu, abang saya yang datang ke KL sudi dan berbesar hati untuk belanja saya makan kat TGI Friday.



Abang tanya kat mana tempat makan steak sedap, saya pulak manalah tahu sebab semua tempat bagi saya adalah sedap tambahan pula kalau orang lain belanja, lagilah sedap. Memandangkan dia menginap dekat hotel kat area Sunway, jadi kami decided untuk cari jea mana-mana restaurant kat dalam Sunway Pyramid. Jalan punya jalan kami pun masuklah ke dalam TGI Friday kat dalam Sunway Pyramid nie. Kami cari tempat sesuai walaupun masa nie banyak tempat kosong, agaknya nanti malam baru ramai orang kot sebab saya pegi tu siang hari.

Dah duduk tu, pelayan die yang peramah pun datang dan bagi menu kat kitorang. Sebab abang saya yang belanja, so keja dialah nak pilih apa nak makan. Lepas buat keputusan, dia order kat pelayan tu lepas tu sambil tunggu makanan kitorang sampai, kitorang borak-borak la kejap.

Tak lama kemudian, sajian pertama pun sampai, nama apa hidangan tu entahlah, lupa pula saya tapi bolehlah nak describe bentuk dia macam mana. Apa yang aku ingat, udang rebus kot mix dengan tomato dengan entah apa lagi yang aku tak pasti. Mix udang tu diletak didalam gelas, lawa gelas nie. Apa pun try la test, emmm...sedap, memang sedap. Eh, tapi tak kenyang lagi. Takpe, hidangan kedua akan sampai tak lama lagi.

Tunggu tak lama kemudian, hidangan kedua dan juga main dish pun sampai. Sekeping steak dimasak medium rare yang amat menarik. Perut memang tak kenyang lagi, saya apa lagi, capai pisau, capai garfu, terus potong steak tu. Fuhh, puas hati betul. Sedap seghoti.

Lepas habis steak sekeping nie, dessert pun sampai. Kek ais krim berbentuk segi empat yang agak cute. Tapi aku boleh makan sikit jea. Surrender dah. Memang perut dah capai lampu merah. Dah tak boleh nak isi lagi. Tapi tak boleh nak membazir. Dessert tu saya kasi tapau, makan nanti kat rumah.

Overall, apa yang boleh saya cakap tentang makan kat sini adalah sedap, delicious dan fantastic.

Itulah first time aku makan kat TGI Friday.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...