Sedap Sangat Ke Minum Arak




Kerana perasaan ingin tahu, aku pernah dulu tanya kat seorang rakan ( non muslim ) rasa macam mana agaknya bila minum arak nie. Dia bagitau arak nie rasanya pahit dan berbau agak masam. Lepas minum seluruh tubuh rasa panas. 

Ini yang membuatkan aku tak berapa nak faham. Kalau arak tu tak sedap lansung, dah la haram dari segi agama, kenapa ramai saudara semuslim aku masih pegi jugak minum benda haram tu ?? Dah la tu pulak kalau tengok harga setin/sebotol bukan murah, mahal, lagi mahal dari segelas milo sejuk yang sememangnya sedap sekali untuk diminum. 

Adakah bila minum benda haram nie terasa cool menunjukkan kita mampu melakukan segala-galanya tanpa batasan. Atau semata-mata kerana kawan seangkatan minum, dan kita pun tak ketinggalan dan taknak dikatakan kolot, kita pun sama-sama joint la juga pekena arak haram tu. 

Disini aku lihat pentingnya pegangan agama didada, kalau kita tahu arak tu haram dan takut dengan azab seksaan Tuhan, kita takkan sesekali menyentuh benda haram nie. Walaupun sehebat mana pun pengaruh luar yang membuatkan benda haram tu menarik dan hebat, jika pegangan agama kita kuat, senang saja kita tolak ke tepi. 

Aku juga melihat penting sekali peranan yang perlu dimainkan oleh sahabat, rakan, keluarga dan sebagainya. Tak guna jika kita condemn habisan orang yang kita kenal kerana dia minum arak. Disini timbul satu persoalan yang bermain dijiwa aku. Adakah kita condemn supaya dia meninggalkan benda haram tu atau jiwa kita rasa puas selepas mengondemn sedangkan orang yang dicondemn makin jauh dengan benda haram tu ?? Inilah silap kita. Suka sangat condemn orang lain. Kan elok kita semua sama-sama bagi nasihat atau dengan cara apa sekali pun yang boleh dikatakan slowly tapi berkesan untuk longterm. Betullah, kita takleh expect mamat minum arak terus tinggal botol arak dengan sekali tegur. Cara tu pulak penting, kena bijak dan berhemat, macam cucuk jarum tak rasa sakit. Macam tulah lebih kurang.

Tak kesian ke kawan kita terus dibiarkan lalai hingga akhir. Jangan cakap aku sendiri pun banyak yang slack. Takleh macam tu, manusia nie sempurna kerana manusia itu tidak sempurna. Banyak melakukan dosa. Cuba bayang kalau rakan kita berubah kerana kita. Taktaulah berapa banyak ganjaran yang kita dapat dari Tuhan.Hanya Tuhan yang tahu.

Di sini juga saya terjumpa hadith yang menarik untuk dikongsi bersama betapa pemaafnya Tuhan keatas hambaNya yang lalai macam kita semua nie.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud

Seorang hamba melakukan satu doasa lalu ia berkata “Wahai Rab, aku melakukan satu dosa maka ampunilah aku.” Maka Allah berkata “Adakah hambaKu tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan menghapuskannya ? Aku telah mengampuni hambaKu.” Kemudian setelah beberapa ketika, dia kembali melakukan dosa dan berkata “Wahai Rab, aku telah berbuat dosa lain, maka ampunilah aku.” Allah kemudiannya berkata “Adakah hambaKu tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan memaafkannya ? Aku telah mengampuni hambaKu.” Kemudian setelah beberapa ketika, ia melakukan dosa lagi dan berkata “Wahai Rab, aku telah berbuat dosa lain, maka ampunilah aku.” Allah berfirman “Apakah hambaKu tahu dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan memaafkannya? Aku telah mengampuni hambaKu – sebanyak tiga kali – maka lakukanlah apa yang disukainya.”

Riwayat Al Bukhari dan Muslim



Ulasan

  1. aku ada gak tanya kawan non muslim mcm mana rasa minum arak.dia ckp x sedap sgt lahh..Lagi2 kalo x pandai minum..mmg susah sgt nk telan..tp ramai pulak yg minum tu..mcm mer0k0k la kot..kalo org x mer0k0k ckp r0k0k tu busuk..xpandai isap b0le terbatuk2..n akan ada rasa x seDap cuma bab ketagih tu org xdpt nk elak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang cakap, tak payah la nak cuba arak nie sebab banyak lagi air halal yang lagi best utk diminum

      Padam
  2. tak sedap sgt.. cume die bley release tnsion.. rase die.. lau x bese minum akan rse nk trkeluar balik air tu.. gas die sgt kuat...x mcm bese... goncang skit je dah brbuih..

    BalasPadam
  3. arak xsedap,sedap lagi teh tarik

    BalasPadam
  4. Skrg berlambak orang melayu kaki minum.kalau lelaki tu biasa la.nama pun lelaki.ni perempuan.byk kali terserempak perempuan beli arak kat speedmart.buat keras je tak rasa malu langsung.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu