Isu Lembah Sireh

Kerajaan Kelantan Akan Beri Penjelasan Tentang Projek Pembangunan Lembah Sireh

PASIR PUTEH, 14 Feb (Bernama) -- Kerajaan Kelantan akan memberi penjelasan mengenai isu projek pembangunan Lembah Sireh di Kota Baharu sebelum akhir bulan ini, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaacob.

Beliau berkata sebuah syarikat audit swasta yang dilantik kerajaan negeri akan menyediakan laporan lengkap mengenai pembangunan projek bersepadu yang membabitkan kos melebihi RM350 juta pada Isnin ini.

"Setelah mendapat laporan daripada syarikat audit swasta itu, kita akan bentangkan pada mesyuarat Exco Negeri minggu depan, sebelum diumumkan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan jambatan Kampung Puyu, yang bernilai RM1.8 juta di sini, Selasa.

Rabu lepas, Orang Muda Bersepadu Antikorupsi (Ombak), sebuah badan bukan kerajaan di sini, menuntut kerajaan negeri supaya memberi penjelasan mengenai perjanjian yang dibuat dengan syarikat pemaju projek pembangunan Lembah Sireh, Liziz Standaco Sdn Bhd.

Presiden Ombak, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad dilaporkan sebagai berkata antara projek yang dijanjikan tetapi belum dilaksanakan ialah pembinaan sebuah masjid bernilai RM20 juta, pembinaan sebuah jambatan penghubung Kampung Cina dengan Palekbang, Tumpat bernilai RM150 juta serta pembinaan sebuah stadium tertutup wanita bernilai RM25 juta.

Ahmad berkata kerajaan negeri meluluskan kawasan kira-kira 400 hektar di tebing Sungai Kelantan di Lembah Sireh pada 2002 kepada pihak pemaju yang akan memajukannya termasuk pembinaan gedung perniagaan sehingga tempoh 2015.

Bagaimanapun, pada 2008, didapati tanah yang boleh dimajukan ialah seluas kira-kira 286 hektar.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu