Khamis, 23 Februari 2012

Kritik Itu Sedap Tapi

Aku ada soalan nak tanya kepada yang tengah baca artikel nie.

Sapa yang rasa mengkritik itu susah dan menyusahkan ??

Aku amat yakin mostly akan kata mengkritik itu tak susah dan hanya petik jari saja. Apa yang susah, kita hanya perlu pandai mencari kelemahan orang lain dan sudah tentu kalau bab-bab negative memang semua orang suka sangat nak tahu. Kalau tak takkan lah ada cakap belakang, tikam belakang. 

Sebenarnya, kritikan ni boleh dibahagi kepada dua bahagian, pada pendapat akulah

Satu, kritikan yang ikhlas dan memang niat semurni tu betul2 trully sebagai teguran dan nak lihat orang yang ditegur itu mampu meninggalkan atau memperbaiki apa yang dia rasa tak elok, tak bagus, negative dan sebagainya.

Kedua, kritikan negative atau condemnation. Sebutan kata-kata yang keluar dari mulut dia directly atau indirectly, selalunya dalam kes nie indirectly, sebagai satu niat untuk menjatuhkan, memalukan dan menyebabkan orang yang dikritik itu berada dalam tekanan. Dan yang mengkritik akan puas jika yang dikritik itu akhirnya jatuh. Yang tak syoknya, kes yang kedua nilah yang selalu kita dengar dan baca tak kisahlah tengok kat tv atau internet atau kat majalah, surat khabar.

Bagi aku sendiri, ada dua group manusia yang dimana penerimaan aku pada kritikan adalah berbeza. Kalau pada anda, aku tak tahulah.

Bagi aku, jika kritikan itu datang dari ahli keluarga, sahabat rapat, orang yang dihormati atau orang atasan, aku rasa dapat menerimanya dengan berlapang dada dan aku yakin mereka menegur aku untuk kebaikan diri aku sendiri.

Aku rasa sukar sekali walaupun kat mulut kata lain, untuk menerima kritikan dari orang yang tak rapat dengan aku, kiranya macam baru  kenal, rakan sekerja. Sebabnya aku tak tipu kalau aku cakap macam nie siapa mereka nak kritik aku sedangkan aku sendiri pun teragak untuk mengkritik mereka. Adakah mereka ikhlas atau sekadar rasa puas hati dapat mengkritik terutamanya didepan orang atasan ?? Bermacam bermain didalam otak nie. 

INGAT Mengkritik kena ada cara. Bukan apa takut nanti boleh terjejas hubungan walaupun niat kita menegur itu baik dan ikhlas. Biasalah, bukan senang orang nak terima kritikan, betul tak. Teknik yang aku boleh share kat sini seperti orang lain share dengan aku adalah teknik memuji. Teknik nie sesuai kalau ditempat kerja, sesama pelajar yang tengah menyiapkan assignment. Caranya begini, kalau kita nampak apa yang kawan sekerja kita melakukan sesuatu yang pada pandangan kita tak kena, perlukan penambahbaikan. Nak explain susah sikit, aku guna cara dialog, moga anda semua dapat faham

Din : Mat, macam mana tugasan hari tu, dah siap ke belum ??

Mat : Dah, ni bendanya.

Din : OK, bagus, dah perfect tapi pada pengalaman aku, kalau kau betulkan kat sini lagi perfect.

Mat : Ooo..kat sini. Al right. Aku betulkan. Nanti siap aku kasi untuk compile dengan yang ko.

Yang kat atas tu contoh saja. Contoh mudah.

Teknik lain adalah yang apa aku panggil cilok masuk. Yang ni lebih sesuai dengan orang yang kita kenal rapat. Macam dengan ahli keluarga ataupun sahabat handai. Contohnya, sambil2 kita berborak tu, try la cilok masuk apa2 yang kita nak tegur. Tapi kenalah berlapit sikit janganlah terus direct to the point. Tak pasal nanti nak aje kena makan selipar. Aku seronok sekali nak share macam mana cucunda Nabi Muhammad saw menegur orang dewasa mengambil wudhu. Mereka tak direct tegur tapi menyuruh orang dewasa itu melihat cara mereka berwudhu betul atau tak. Lastly, barulah orang tu sedar dia ambik wudhu tak kena. Cantikkan cara cucunda nabi menegur. Orang itu tak terasa hati dan dapat menerima teguran dengan baik.

Apa-apa pun apa yang aku share kat sini taklah sempurna, hanya berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Kalau anda rasa apa nak share, boleh jea comment kat sini. Lagi bagus.

TAPI yang penting, kalau kita nak orang lain terima kritikan kita. Kita pun kena terima kritikan orang lain.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...