Ada Kerja Kosong Tak


highere.com

Perkara pertama bila dah abih belajar, tak kisah la lepas SPM ke, STPM ke, sijil ke, diploma kea tau degree ke, adalah untuk mendapatkan pekerjaan dan kalau boleh yang sesuai dengan jiwa raga serta memberi gaji yang berpadanan.
                  
Tapikan bukan senang nak dapat kerja nie melihat pada factor ekonomi sekarang yang tak menentu. Sekejap elok, sekejap tak. Kalau apply terus dapat, memang rezeki badan apa yang aku boleh cakap. Kerana aku sendiri pun agak lama juga menjadi job hunter dengan seribu lebih resume sudah aku hantar seingat aku pada ketika itu.

 piek.org

Sambil-sambil tengah mencari tu, aku senantiasa tanya orang lain bagaimana nak naikkan percentage untuk aku at least untuk dapatkan interview. Memang banyak tips aku dapat. Memang orang yang sudi nak share memang tak lokek ilmu. So kali nie, dikesempatan ini, aku pulak nak kongsi dengan sape-sape yang sudi nak baca macam mana kita nak tingkatkan peluang untuk dapatkan pekerjaan yang diimpikan atau tak pun untuk keluar dari alam menanam buah anggur ( menganggur la tu ).

 blog.resumebear.com

Pertama sekali perlu diingat resume, resume dan resume. Melalui ape yang orang yang berpengalaman bagitau, resume yang kita hantar tu mesti kena simple dan direct to the point. Takyahlah korang rajin-rajin nak tulis karangan 1000 patah perkataan kerana mereka yang nak hire kita tu bukan  satu dua resume yang nak dibace tapi beribu-ribu. Resume juga perlu organise supaya senang untuk dibaca. Tak dilupakan juga pada ayat-ayat yang kita guna. Kalau tak terer English macam aku ni, bolehlah mintak sesapa yang expert untuk check dan betulkan mana yang tak betul supaya nampak lebih professional.

Kalau ade resume mesti ade cover letter kan ? So cover letter tu samelah juga macam resume, simple dan direct to the point serta check jugak grammar dan ayat supaya cover letter tu nampak professional bukannya nampak macam surat cinta.

Bila dah ade resume dan cover letter, sudah tentu korang nak apply kat syarikat idaman kan. So ape tunggu lagi, hantar jelah. Pastikan kat cover letter tu masukkan position ape yang nak applied. Position nie bergantung pada syarikat. Janganlah pula korang mintak position engineer kat kedai bunga. 

Pastikan kalau korang hantar by post atau by hand, resume dan cover letter kemas dan cantik. Kalau boleh bindingkan resume dan cover letter bersama document lain supaya lebih kemas. Janganlah pula dihantarnya resume yang comot pastu pulak tulisan pun tak berape nampak dek printer habis colour, lagi la pulak korang pegi padamkan dengan pemadam dan tulis balik secara manual, memang huduh sungguh resume korang nanti. Jadi, pastikan recheck balik dan printer tu ade kaler yang mencukupi.

Sekarang nie senang nak tahu kat mane ade kerja kosong dengan adenya internet dan surat khabar. So jangan malas untuk bukak selalu jobstreet ke, jobmalaysia ke, the star ke, berita harian ke untuk dapatkan info kerja kosong. Bila dah hantar tu, selang seminggu, korang trylah call syarikat yang diapply untuk tahu samada kita nie ada chance tak untuk dipanggil interview. Selang seminggu korang telefon la lagi. Ini semua untuk beri hint kat syarikat tu yang kita nie berminat sangat untuk kerja dengan diorang dan semacam ingatkan diorang untuk tengok resume yang kita penat-penat hantar tu. 

 publishingarchaeology.blogspot.com

Lasti sekali tip yang aku nak share adelah jangan memilih sangat kerja. Kerja apa yang korang dapat, accept jea dulu dan sambil itu korang try lah apply kat tempat lain. Kenapa perlu buat begitu ? Sebabnya kita nak dapatkan pengalaman, mungkin tak berapa nak berkait sangat dengan apa yang kita belajar masa kat college dulu tapi kita akan dapat soft skills lain yang amat berguna kat mana-mana pun. Ingat, benda nie takleh belajar secara teori, nak kena belajar cara pratikal. So nanti bila syarikat lain tengok kat resume korang yang korang dah ada pengalaman, percentage nak kena panggil interview secara tidak lansung akan meningkat.

Jadi, ape tunggu lagi ?? Apply la sekarang.!!

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan