Bijak Memikir

Internet, surat khabar ,sms , berita tv dan ntah ape lagi medium informasi sekarang, dengan mudahnya kita senang-senang saje dapat beribu maklumat even hal atau benda tu berlaku beribu batu jauh dari kita. Kiranya kalau jerit sampai keluar anak tekak memang konfirm takleh nak dengar. 

Al hasil daripada mudahnya nak dapat maklumat nie, sebarang berita sepantas kilat terus kita dapat. Senang cerita, kita sentiasa updated dengan perkembangan terkini. Menyebabkan kita secara tidak lansung terlibat dengan arah tuju negara kita. Membolehkan kita menyuarakan apa pendapat kita, apa yang kita tak puas hati, apa yang kita rasa dan macam-macam lagi. Dan semua nie hanya dihujung jari.

Tapi bagi akulah, ape yang jadi tak seronoknya kalau benda baik dan positive macam nie boleh tunggang terbalik menjadi benda huduh dan gelap serta diseliputi kenegatifan. 

Aku lihat hal tak baik nie banyak terjadi kalau melibatkan politik. Orang kita nie pun satu, maaflah kalau aku nak cakap, senang benar terpengaruh tambahan kalau belia muda mudi yang darah duk tengah mendidih lagi. Reaksi / tindak balas tu yg kadang-kadang emotional kedepan, waras jauh kebelakang. Contohnye, pernah dulu aku ditagged kat satu gambar ( gambar ape tu tak penting ) kerana ada satu peristiwa berlaku masa tu, tapi masyaalah yang comment tu, ayat yang digunakan, sedih aku rasa, ramai yang komen tu mengaku membela perjuangan islam tapi akhlak yang ditunjukkan melalui komen yang diposted menggambarkan sebaliknya. Teringat saya tentang kisah bagaimana Nabi Muhammad saw bila dibaling batu hingga berdarah, malaikat siap offer nak baling bukit kat orang yang baling batu tu tapi Nabi Muhammad taknak kerana baginda yakin, jika sekarang tak beriman, mungkin generasi akan datang akan beriman. Begitu juga peristiwa tentang perempuan tua yang buta dimana Nabi Muhammad saw tak lupa menyuapkan dia makan. Dimasa yang sama perempuan tua itu tak habis-habis mencaci baginda tanpa sedar siapa yang selama ini menyuap dirinya makan. Ade tak baginda membalas atau berhenti dari menyuap perempuan tua itu ?? Tak , baginda sabar aje. Cantik dan halus akhlak baginda. Sayangnya bukan semua umat baginda ikut apa yang diajar dan teladan baginda.

Penting amat untuk kita analisis dan rational bila mendapat sesuatu khabar kerana banyak maklumat terbabit tak lebih daripada satu propaganda, mungkin fitnah semata-mata atau mungkin penipuan semata-mata. Bukankah islam mengingatkan kita untuk selidik dulu tapi hemtam keromo jea terima bulat-bulat. Kita perlu ingat Pas ke Umno ke PKR ke, kebanyakkannya muslim, sedara kita, so adillah kepada mereka. Dapat berita selidik, betul ke nie even berita tu tentang orang dari parti yang kita tak berapa nak sokong.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu