Terima Kasih Sahabat


Bila aku bace kat mana-mana especially kat blog takpun dengar sendiri dari orang lain yang sudi berkongsi pengalaman sebagai ingatan untuk aku tentang kes kawan makan kawan dan jenis kawan tikam dari belakang, aku rase teramat syukur kepada hadrat Ilahi kerana setakat ini dalam pengetahuan aku, tiada lagi kawan aku yang aku kenal membuat kianat atau benda huduh lain di belakang aku.

Betapa aku bersyukur sangat dikurniakan apa yang aku gelar the trustfully friends. 

Islam sebenarnya dah ajar kalau kita nak sahabat yang baik, kita terlebih dahulu perlu menjadi sahabat yang baik. Dan jika madu dibalas tuba, walau sukar, walau senang untuk cakap dari bertindak, ikutlah macam mana junjungan besar kita Nabi Muhammad saw. Baginda tidak pernah untuk membalas perbuatan huduh orang lain keatas dirinya walau ke satu tahap sehingga menyakiti tubuh baginda saw. Perlu ingat mungkin di dunia kita teraniaya tapi ingat di sana, akhirat kelak, yang jahat akan dibalas jua, yang baik akan diberi setimpal mungkin.

Berkawan nie seronok, yelah waktu ketawa bersama, waktu menangis, kita menangis seorang diri. Kemana pergi kawan yang kita dambakan selama ini ? Kemanakah mereka ? Adakah mereka sedar aku sekarang didalam kesusahan ? Toksah fikirkan sangat, dambakan diri pada pemilik segalanya, Allah swt. Mengadulah sepuasnya nescaya Dia tak puas dan tak bosan untuk mendengar.

Alhamdulillah, setakat ini, bilamana aku kesusahan, ada kawan yang menjengak, syukur sangat kepada Allah swt. Dia datangkan pertolongan dengan cara ini mungkin.

Dan aku cuba sedaya upaya sebaik mungkin cuba melakukan perkara sama keatas kawan aku yang dalam kesukaran. Mungkin aku tak mampu menghulur dari segi kewangan, mungkin juga tenaga tapi aku cuba seboleh aku. Paling koman pun hulur telinga untuk dengar keluhan. Biarkan segala apa yang terbuku dihati itu dilepaskan sepuasnya.

Jangan kita lupa untuk doa keatas kawan kita samada hidup atau mati kerana apa yang baik kita doakan akan kembali jua kepada kita. Maka jangan malas berdoa. Berdoalah supaya diri ini sentiasa terdapat sahabat yang baik dan jadikan diri kita ini sebagai sahabat yang baik kepada sahabat kita.

Dont forget to like me at my facebook page okey !!

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu