Sabtu, 3 Mac 2012

Tetiba Teringat Zaman Mahasiswa

On the way nak pegi keja or on the way nak balik keja, nak tak nak aku kena drive jugak depan sebuah private college nie. 


So memang hari-harilah aku tengok adik-adik mengalas beg berjalan kaki atau dengan mode transport lain untuk ke kelas dengan ID tergantung dileher, bende yang dulunya aku bawak sebab nak masuk library atau nak masuk kampus. Syoknya aku tengok diorang nie sampaikan kalau boleh aku nak pusing balik jam untuk kembalikan aku dimasa aku juga macam mereka, seorang mahasiswa.

Biasalah kalau sesuatu perkara tu dah terlepas dari tangan kita, barulah kita appreciate sesangat, kalau dulu masa dalam genggaman, nak cepat jea baling jauh-jauh. Betullah, masa tengah belajar dulu, hari-hari aku fikirlah bilalah nak graduate, nak keja, nak pegang duit sendiri, nak bergaya ke office, nak beli keta, nak beli rumah. Macam-macamlah impian aku nie.


Bila dah berada dalam dunia pekerjaan nie, baru aku sedar, dunia tak seindah mana. Lagi banyak benda aku kena fikir, nak kena kejar datelinelah, nak kena deal dengan oranglah, nak kena...aduhhh macam-macam sampai kadang-kadang timbul jugak rasa stress. Kalau fikir balik, best lagi masa belajar dulu. Takde ape nak risau. Pegi kelas, hantar assignment dan belajar. Tu jea. Takde bende lain nak kena risau. Ade la jugak stress tu bila waktu exam sampai satu hapa pun tak study lagi.


So sekarang aku plan nak kembali balik ke kampus. Adela tu caranya. Harap-harap sapa-sapa yang baca nie doakanlah aku supaya aim aku untuk kembali ke dunia kampus nie tercapai jugak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...