Jumaat, 6 April 2012

Bila Gigit Lada Tak Rasa Pedas


sekadar gambar hiasan

Pernah dengar tak ungkapan orang tua [yeke?]; Siapa yang makan lada, dialah yang rasa pedasnya
Tapi aku rasalah ungkapan nie memang tak sesuai untuk orang yang aku kenal nie. Nak tahu kenapa ? Sebab tiap kali aku makan dengan diorang, selalunya mulut aku akan menganga luas. Takjub aku. Aku tak paham macam manalah diorang boleh makan lagu tu. Rase takleh akal aku yang waras nie nak terima.

Diorang bila makan cabai / lada macam makan ulam. Lada tu dipatah dua dan ngap masuk dalam mulut. Mamah lada sampai lumat baru telan. Muka diorang memang dah berpeluh tapi tak menggambarkan rasa kepedasan dek penangan lada. Seolah-olah kepanasan lada tu tak memberi kesan kepada mereka. Pastu pulak kalau order confirm pesan kat pelayan tu nak pedas berapi. Bila order sampai, diorang cebek muka, tak cukup pedas. Order lagi lada lebih. Lepas tu baru puas hati. Selera jea aku tengok diorang makan. Katanya kalau tak pedas takleh makan, hilang selera. 

Ordinary people macam aku nie memang takleh nak makan macam kawan aku nie. Pedas sikit ok tapi kalau dah sampai dah tahap pedas maximum macam tu, memang aku surrender. Boleh sakit perut dibuatnya.

Ada jugak aku tanya macam mana boleh tahan pesas ?? Diorang cakap takde secret ape-ape pun cuma diorang dah biasa macam tu. Memang masa budak lagi, mak ayah diorang kalau masak mesti pedas. Kalau tak pedas mana sedap. Tapi ade jugak diorang cakap, kalau nak makan lada, ade tekniknya, jangan terkena lidah. Haaaah ?? Macam mana tu nak kena lidah ?? Memang confirm kena kalau makan lada. 

Pastu aku tanya, asal mana ?? Asal Johor takpun Negeri Sembilan. Dalam hati aku, patut pun suka pedas sebab orang belah sana memang suka makan pedas pun. Orang Kelantan, takleh makan pedas tapi manis terlampau takpe.

2 ulasan:

  1. tghri td baru mkn 10bji cili api bersama me goreng....bru selera...kikikiki,saya org tganu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Letak sepotong cili api kat mulut pun, 2 gelas air boleh habis.

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...