Hapus PTPTN

Aku ade dengar jugak pasal siswa siswi mengoccupying Dataran Merdeka dalam usaha untuk mendesak kerajaan menghapuskan PTPTN. Menurut mereka, hak rakyat untuk mendapatkan pendidikan percuma.

 
Tapi aku tak cuba nak terus comment pasal hal nie. Kenalah dulu buat kaji selidik sedikit dan baca pendapat orang cerdik pandai pasal perkara PTPTN nie. Kenapa aku cakap orang cerdik pandai sebab memang ramai yang comment dan bagi pendapat pasal untuk hapus PTPTN nie tapi nampak lebih mengikut ideologi politik yang dianuti, mengikut emosi terlebih dan ade yang terus pakai setuju hentam keromo.

Sebelum tu kena tahu PTPTN tu apa. Aku rasa ramai dah tahu tujuan penubuhannya iaitu untuk memberi pinjaman kepada pelajar bagi meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi selepas habis sekolah menengah. Ketika pembayaran balik dibuat, charge 3 peratus atau 1 peratus [ ujrah ] dikenakan annually dan bayaran balik tidak perlu dibuat kepada yang mendapat kelas pertama.

Tolong check balik laman web PTPTN takut tersilap.

Apa yang aku boleh cakap, untuk menghapuskan PTPTN tu tak boleh la kot seperti yang dikatakan oleh Azam Aris dalam My Say The Edge, menghapuskan PTPTN hanya menguntungkan defaulters terutamanya yang ada keja bagus dan bergaji lumayan. Dalam masa yang sama menggalakkan yang lain untuk default on their loans.

Mengurangkan charge yang dikenakan PTPTN mungkin boleh dipertimbangkan sebab itu yang ramai kawan aku rungutkan. Menurut mereka charge yang dikenakan terlalu tinggi bagi mereka terutamanya jika baru start keja tu gaji berapa sangatlah. Bukannya semua bergaji 2000 ringgit ke atas.

Kita jugak perlu ingat tempat kat IPTA adelah terhad. Dengan PTPTN nie lah ramai yang dapat further studies kat tempat lain selain IPTA. In this case, ke IPTS. Bukan semua yang belajar kat IPTS tu mak bapak diorang kaya raya. Jika PTPTN hapus, macam mana nasib yang tak berpeluang belajar kat IPTA ? Mungkin kalau dapat biasiswa oklah kalau tak dapat biasiswa ? 

Ini hanyalah pendapat aku dan mungkin anda tak bersetuju dengan pandangan yang diberi aku nie. Tapi takpe, sebab masing-masing ade sebab kenapa mereka setuju atau tidak untuk PTPTN dihapuskan. 

***Aku juga meminjam untuk sambung belajar sebab aku bukan dari keluarga yang senang tapi bukan dengan PTPTNlah, agensi lain. Sekarang aku tengah membayar balik pinjaman dengan tiada interest lansung dan alhamdulillah aku hanya perlu bayar lebih kurang 30 peratus sahaja dari pinjaman aku. Pihak pemberi pinjaman jugak turut menyediakan pelan pembayaran untuk memudahkan aku membuat bayaran balik dan tahu bila hutang aku dapat dilangsaikan.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu