Sabtu, 21 April 2012

Minum Susu HL Dan Makan Yogurt


 HL Milk

Kalau korang semua nak tahu, masa aku masih lagi bergelar budak kecik [ yelah sekarang dah dewasa ], aku takleh lansung nak makan even nak bau 2 benda alah nie, susu HL dan yogurt.


 Nestle Yogurt

Nak bagi explaination kenapa aku takleh nak telan 2 benda nie, sukar sekali. Sebab aku sendiri pun tak tahu kenapa aku takleh makan or minum. Dulu, waktu kecik-kecik dulu, kalau pegi supermarket [ kalau dulu Pantai Timur dan Bersatu [ sekarang The Store ], seingat aku hanya 2 bijik supermarket nilah yang ada selain Hankyu Jaya dan pasaraya entah apa dah, lupa pulak, yang sekarang menjadi pejabat wilayah Timur Dewan Pustaka Dan Bahasa ] memang kakak takpun abang aku [ diorang pun kecik lagi masa tu ] akan ambil either yogurt takpun susu bernama HL nie. Memang kalau aku try test letak kat mulut, boleh termuntah aku. Rasa 2 jenis makanan nie takleh diterima badan aku. Baunya saja aku dah rasa lain macam.

Tapi sekarang dah berubah. Aku pun dah dewasa. Dah boleh bergelar bapak orang pun Cuma aku yang tak reti nak kahwin lagi. 2 benda yang menjadi alah pada aku tidak lagi. Badan aku dah boleh terima dan aku jugak amat beghehi untuk minum susu HL dan makan yogurt Nestle [ yang lain tak sedap bagi aku ] yang fruits mix.
Sama jugak macam sushi. Masa aku kecik dulu memang takleh makan lansung. Tapi sekarang beghehi la pula sempat boleh kirim lagi kalau ade sesapa nak pegi KL. Sushi yang ada kat Kelate tak sedap. Bila lah agaknya Sushi King nak bukak kat Kota Bharu ??

 Sushi King

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...