Isnin, 2 April 2012

Teh Terbang Di KL Sentral

 Chynna Restaurant
source : foodstreet.com

Masa aku duk belek-belek photo yang ade dalam laptop, aku terjumpa file photo lama [ lame la sangat, padahal baru jea beberapa bulan lepas ] masa family aku tengah dinner kat  Chynna Restaurant Hilton KL Sentral. Aku bukannya nak share ape aku makan malam tu tapi aku nak share 1 pengalaman yang bagi aku first time.



Korang pernah tak tengok orang cina yang cara dia handle teko teh lain macam ?? Memang skill abihh macam tengah berkungfu pulak aku tengok. Aku tak tahu nama khusus untuk ape yang die buat nie tapi aku just panggil flying tea sebab teko dia tu panjang giler muncung pastu siap berpusing kat udara. Fuhh...memang aku respect. Entah berapa lama la agaknya dia practice sampai boleh pro sampai lagu tu.

Lepas dia tunjuk persembahan tea dia, terus dituang dalam cawan kitorang, nak tuang tea pun siapa ada skill dia. Nak terkejut aku bilamana entah bila dia tetiba muncul dari belakang aku dengan muncung teko panjang terus kedalam cawan aku. So, aku ambil dan test lagu mana agaknya rasa tea nie. Emmm...persembahan dia lagi sedap....

Gamba masa dia duk tengah berflying teh



Ok..bila aku surf internet, apa yang aku dapat tahu, persembahan tea tu dipanggil kungfu moves yang dilakukan oleh tea master...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...