Masa - Bingkisan Ringkas Seorang Sahabat



By : Abang Kecik

Acap kali saya perhatikan gelagat para pekerja yang sering ‘melepak’ ketika minum pagi di kedai makan. Persoalan yang sering kali bermain di benak fikiran saya adalah

Pukul berapa mereka ini masuk kerja semula?

Jika masa yang diperuntukkan makan minum selama 15 minit itu boleh lah saya maafkan, tapi, yang menjadi masalah sekarang ini adalah para pekerja yang sering kali saya terlihat itu meluangkan masa berjam-jam, adakalanya sehingga hampir waktu makan tenghari (12pm) baru mereka hendak masuk kerja.

Jadi, sejauh mana kita rakyat Malaysia ini menghargai masa ? Cuba kita pandang konsep rakyat negara matahari terbit. Mereka amat menghargai masa. Bahkan, si suami yang pulang lewat ke rumah di anggap sebagai lelaki,suami mahupun bapa yang bertanggungjawab ! Tidak hairan mengapa mereka merupakan antara negara yang paling maju di dunia.

Apa yang boleh disimpulkan, saya kira rakyat Malaysia ini terlalu ‘laid-back’ sehinggakan kita mengambil mudah terutama isu-isu yang betul-betul menekan ‘punctuality’. Ini belum lagi kita kupas isu menghadiri mesyuarat, atau apa-apa majlis ilmu.

p/s: Kalau bagi benda free, memang rakyat Malaysia cukup cepat pergi. Tak perlu disuruh-suruh lagi.

Ulasan

Catat Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan