Pilihanraya 13 : Kita Pilih Siapa

Kat kedai kopi, kat office, kat rumah dan kat mane-mane sahaja semua pakat duk discuss pasal election. Masing-masing dah buat spekulasi bila agaknye election nie akan berlaku. Ade yang kate bulan jun, ade jugak yang ramal mase september sebab kate mustahil nak buat mase orang raye dan mase orang pegi haji dan ade jugak yang ramal Tok Najib nak abihkan 5 tahun mandat baru nak resolve parliament.

Yang takleh blahnya, seingat aman dulu, election baru jea lepas, masih panas-panas lagi, tapi ade jugak segelintir pemimpin dah kalut pasal next election. Alahai, gunalah mandat yang baru diberi secemerlang mungkin pastu nak risau pasal election, orang dah tak kisah dah. Takut nanti tak sempat ape-ape lagi, orang dah menyampah. 

Sebab sekarang aman pun dah rase pilihanraya semakin hampir, pade pendapat anda, siapa agaknya yang anda akan pangkah nanti ? Adekah BN atau Pakatan Rakyat ? Sebab masing-masing dah kate peratusan rakyat dah meningkat. Cuba tengok mase ceramah, penuh beb. Punyalah sakan sokongan rakyat. Bagi aman, kita tak tahunpun sapa yang mereka akan pangkah nanti. Tolak yang penyokong tegarlah. Banyak faktor pada pendapat aman yang mendorong mereka nie untuk memangkah sapa bila pilihanraya nanti.

Antaranya pada pandangan aman, isu setempat akan memainkan peranan. Isu air, jalan dan pelbagai lagi adelah lebih penting dari isu nasional atau antarabangsa. Pemimpin boleh bawak pasal isu lebih besar tapi yang lebih utama bagi pengundi biasa adelah isu setempat. Buat ape nak pilih pemimpin same kalau hal kecik pun takleh nak selesai. Berjanji dan berjanji. Tu aje kejanya tapi satu janji pun tak jalan.

Media juga memainkan peranan. Kalau dulu media arus perdana mendominasi tetapi sekarang media internet banyak menjadi sumber alternatif untuk mencari cerita yang sebenar. Nak pulak dikalangan golongan muda yang lebih percaya cerita/berita kat internet. Tapi takleh nak salahkan diorang jugak. Salah media arus perdana yang agak pro kepada satu pihak saja tanpa memberi peluang kepada pihak yang satu lagi. Bahkan aman sendiri pun dah tak berape lihat berita kat tv. Suratkhabar yang dulunya terbiasa aman beli dah lame aman dah lama tak beli. Menyampah dengan sikap menyerang dan memuja melampau. Semacam sebelah nie mulia sangat dan sebelah sini berdosa sangat. 


Mesti ramai yang setuju dengan aman kalau aman kata tak semua yang dapat sesuatu berita tu terima bulat-bulat. Yang rasional tu akan selidik dulu, tengok sumber-sumber lain jugak, almaklumlah dengan internet, maklumat dihujung jari. So, jangan haraplah kalau rase propaganda sesetengah pihak mudah kami terima. Kami bukan lagi katak bawah tempurung.

Faktor wakil tu pun penting jugak. Tak semestinya mase nak dekat election baru reti nak tunjuk muka. Tak macam tu. Orang semua dah tahu teknik macam tu. Kalau aman, aman tak kisah wakil tu parti mane, PAS ke UMNO ke, janji beliau jenis yang senang kira dan yang paling penting agamanya. Kat sini ingin aman nyatakan, tak semestinya ustaz nak jadi wakil tu baik-baik belaka dan tak semestinya yang pakai kot, kemeja semua tu jenis yang tak reti beza halal haram. 

Siapa menjadi menteri besar jugak bagi aman menjadi penentu sapa akan aman pilih parti mana. Kalau kat Kelate nie, UMNO dan confirm Tok Pa akan jadi menteri besar kalau BN menang, manakala dibelah PAS pulak tak tahu sape akan naik ganti Dato Nik Aziz sebab ape yang aman baca kat berita dan internet, Dato Nik Aziz akan bertanding lagi cumanya tiada tak jadi menteri besar lagi pasni. Tu hanya spekulasi, betul ke tak aman pun tak tau.

Janji tinggal janji. Yang nie paling aman tak gemar. Kenapa nak berjanji kalau takleh deliver. Mase nak dekat pilihanraya, bukan main lagi janji itu janji ini tapi bile dah menang habuk pun tarak dan nak dekat balik next election, berjanji lagi. Janji lepas tak fulfill jugak. Tak payah nak berjanji, untuk aman, kalau boleh jadi wakil rakyat yang baik pun dah cukup. Bukan ke berdosa kalau berjanji tak tunaikan ??

Sebenarnya banyak lagi faktor tapi ape yang aman typed kat atas tu ape yang aman rase penting bagi aman. So, selamat mengundi yang terbaik.




Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan