Terkenang Dan Teringat

Minggu lepas kawan aman dari tengah semenanjung turun ke Kelantan. Dia datang atas urusan keja dan tambah pulak aman keja tapi takpelah, kitaorang try jugak untuk luangkan masa sebab dah lama sangat tak jumpe face to face. Dah setahun lebih kot. Lame tu. Nasib baik teknologi zaman kita nie canggih. Atleast walau tak bersua muka tapi boleh la jugak bertanya khabar dengan facebook ke, twitter ke, sms ke tapi takleh lawan kalau bersua each other. Lebih realiti.
Almaklumlah, bila dah lame tak jumpa nie, macam-macam cerita keluar. Masing-masing macam tak abih modal nak berborak. Rasanye pertemuan yang sekejap nie tak cukup untuk kami untuk share serba serbi.

Mase dok tengah borak tulah kawan aman timbulkan balik memory indah zaman universiti dulu. Dia mengeluh kerana susah sangat nak jumpa dengan kawan sezaman pengajian dulu. Even, yang duduk dekat pun sukar nak jumpa, apetah lagi yang duduk jauh macam aman nie. Kalau dulu, menurut kawan aman nie, every weekend memang tak miss untuk lepak kat kedai mamak sambil minum. Tapi sekarang nak gather macam tu 6 bulan sekali pun susah. Semua pakat busy dengan kerja masing-masing. Tambah lagi pakat nak kluar dengan awek masing-masing. Mane class nak kluar dengan kekawan. Kawan aman sempat pesan lagi dia taknaklah aman macam tu jugak. Kalau datang kat tempat dia, contact lah dia. Dia no hal. Free insyaallah. 

Dia cakap miss sangat zaman universiti dulu.

Aman ingat aman je yang rasa sukar nak jumpa kekawan lama mase belajar, rupanya kawan-kawan aman yang lain pun rase sama macam aman rasa jugak. 

Kekadang aman rase kecewa jugak dengan sesetengah dari diorang. Masa dalam facebook cakap bile nak jumpa, jom reunion dan entah ape lagi tapi bila paling koman try sms, jawapan sms tu buat aman rasa menganggu diorang pulak. Kalau macam tu baik aman takyah buat apa-apa. Buat hal masing-masing. Tapikan pulak yang keluar kat facebook, aman nie pulak yang sukar nak jumpa or contact. Pening aman dibuatnya.

Aman faham dunia dah berubah. Kalau dulu asyik jumpa hari-hari tapi bila semua dah abih belajar, semua bawak diri masing-masing. 

Aman faham diorang sibuk dengan urusan masing-masing sebab tulah aman tak berani nak kacau diorang. Macam one of my friend said to me once kalau orang tak bother untuk nak call ke, nak sms ke, nak bertanya khabar ke, buat apa kita nak memadai nak menghubungi diorang. Bila fikir, betul jugak ape yang kawan aman cakap.

Tapikan bukan ke dah lama kita bersahabat ? Bukankah mengeratkan silaturahim tu merupakan salah satu sebab panjangnya usia kita ? Tak salah rasenya atleast 6 bulan sekali call untuk bertanya khabar kalau tinggal jauh. Kalau dah duduk sebelah rumah tu paling koman ajaklah kawan sekali sekali pegi minum. 

Walaupun bila dah keja, kita akan dapat kawan baru, kawan aman cakap kawan dulu dengan kawan sekarang berbeza. Beza macam mane aman pun tak tahu tapi deep in my heart aman tahu ape yang beza. Nak describe dengan kata-kata memang takleh. 

Borak punya borak air segelas dah abih. Jam pun dah menunjukkan jam 1 pagi. Angin sejuk sempoi-sempoi bahasa cukup menyamankan. Membuat mate nie rasa mengantuk. Rasanya dah kena hantar kawan balik hotel. Esok dia dah nak balik. Takut nanti mengantuk pulak masa drive.So, kena berhenti setakat nie dulu lah post yang nie. Selamat malam kepada yang baca.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu