Berakhirnya Ramadhan Menjelangnya Syawal


Diam tak diam, pejam celik pejam, bangun tido bangun, ramadhan yang kita nantikan tiap tahun akan melabuhkan tirainya. Aman rasa macam baru semalam jea berpuasa, tengok-tengok dah nak dekat sebulan dah pun. Tinggal sehari lagi iaitu esok sabtu untuk kita umat muslim di Malaysia berpuasa sebelum menyambut Syawal.

Walaupun aman rasa gembira kerana setakat ini masih mampu berpuasa [ semoga Allah menerima ibadat puasa kita semua ], tapi aman jugak rasa sedih kerana Ramadhan akan meninggalkan kita semua. Sedih kerana bila lagi ibadat kita pahalanya berganda-ganda melainkan bulan Ramadhan, bila lagi masjid cukup meriah dengan ramainya jemaah kalau tak dibulan Ramadhan, mana ada malam lailatur qadar melainkan dalam bulan Ramadhan dan banyak lagi nikmat-nikmatnya bulan Ramadhan nie. Ruginya kalau sape-sape mensiakan bulan yang penuh nikmat nih terutama sekali sudah tentu golongan muda macam aman nih. Sempoi jea tinggal puasa, dah la tak puasa, siap tunjuk lagi diri tu tak puasa. Kalau atok nenek yang urat yang dah tak berape larat boleh berpuasa penuh, agaknya kenapalah orang muda yang sihat dan gagah nie tak boleh buat macam diorang ?? Tepuk dada tanyalah iman. Masing-masingkan ade iman kat dada tu, tak tahulah kalau tertinggal dimana-mana tu.

Bulan ramadhan nie jugak menjanjikan rezeki berganda kepada para peniaga. Ada yang sanggup ambik cuti tanpa gaji sebulan semata-mata nak berbisnes kat bazaar ramadhan. Peluang sekali dalam setahun nak buat duit tu. Sebut pasal bazaar ramadhan nie, memang tak dinafikan bukan setakat aman sorang suke pegi sana, orang lain even non muslim pun suke pegi bazaar ramadhan. Betullah kate orang tua, hujan emas dinegara orang,hujan batu dinegara sendiri, baik lagi negara sendiri. Kejap ape kena mengena perumpamaan tu dengan bazaar ramadhan ?? Betullah walau segah mana bazaar ramadhan kat belah luar, memang takleh nak banding dengan yang kat Kelantan. Cakap jea ape nak makan, semua ada. Hidangan yang takde kat bulan lain, bulan ramdhan nie lah dia muncul macam ayam golek, kambing golek, serba serbi kerabu, roti john [ kalau dulu belah Kelantan memang takde lansung orang jual tapi sejak 2 tahun lepas, roti john dah mula menjelma di bazaar ramadhan kat dalam Kelantan nie ] dan entah ape lagi yang ada. Memang seronok membeli sakan juadah kat bazaar ramadhan ditambah pula dengan nafsu dek kerana lapar dan dahaga seharian, tapi kena ingat jugak membazir tu sedara setan, takde sape kat sinikan nak jadi sedara setan melainkan setan sendiri. Aman sefamily tahun nie dah berazam taknak membazir macam tahun lepas. Kalau nak beli pun, beli sikit-sikit jea. Kalau mengidam ape-ape, tunggu hari lain pulak, jangan beli sekaligus. So, Alhamdulillah, memang tiada pembaziran berlaku kat atas meja makan kat umah aman. Boleh kata tiap malam licin. Itulah untungnya ukur baju dibadan sendiri. Beli dan makan berpadanan dengan yang sepatutnya.

Itu bazaar ramadhan, tak sebut lagi kat Kota Bharu macam mane terutamanya kat shopping complex utama kat KB seperti KB Mall, KBTC dan Kota Sri Mutiara, hari-hari penuh dengan manusia. Aman pun tak tahu shopping raya sakan beli ape entah. Raya tahun nie, aman berjimat sikit. Baju seluar raya memang tak beli, cukup dengan baju melayu sepasang, tupun beli mase tak posa lagi, malas nak beli time ramai orang. Jenguk jugak shopping kompleks, tupun sebab nak beli selipar untuk raya. Selipar yang aman duk pakai kehulu kehilir sejak 6 tahun lepas dah pun bersara. Tupun sebab takleh nak repair, kalau boleh repair, yang tu lagi aman pakai untuk beraya. Aman nie bukannya jenis yang suka melaram tapi pakai mesti kena smart. Kalau selekeh mana ada awek nak pandang.

Kalau dah nak hujung-hujung ramadhan nie, berduyun-duyunlah anak perantau mula pulang ke kampong. Tiket flight, bas, keretapi boleh kata awal-awal lagi dah sold out. Jalan-jalan raya on the way balik Kelantan confirm dah start jem nih. Nasib baik lah aman keja kat Kelantan, so takyah nak pening kepala fikir macamana nak balik kampong, memang kampong dah kat sini. Kalau dengar sepupu sepapan duk bercerita macam mana teruknya jem sampai 14 15 jam, aduhh, kesiannya diorang. Setengah hari duk atas jalan semata-mata nak balik kampong. Bila tanya apesal tak balik dengan public transport, diorang cakap susah nanti nak kesana kemari nak beraya. Ade betul jugak apa diorang cakap. Takkan nak pinjam keta  parents kot. Parents pun nak pegi beraya jugak. Tak kisah balik dengan ape pun, yang penting kalau bawak keta tu, berhati-hatilah sikit, biar lambat asal selamat, yang balik dengan mode lain, check2 la tiket tu, kan tersilap tarikh naya, aman bagitau sebab aman dah kena, ingat senang ke nak beli tiket musim-musim raya macam nie.

Dah nak tutup celoteh nie, aman nak ucap selamat hari raya aidilfitri dan aman mintak ampun dan maaf banyak-banyak dari hujung kaki ke hujung rambut kalau aman terbuat silap yang aman tak perasan dan perasan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA PEMBACA BLOG MAAFSEBUT. TANPA ANDA APELAH SANGAT BLOG NIE !!!

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan