Breakfast Kat White House

Asalnye aman bertiga nak pegi breakfast ade satu tempat kat belakang Hospital Perdana. Aman dah pernah selalu makan kat sini sebab nasi berlauk kat sini memang sedap. Tapi pagi nie kami pegi, gerai yang dituju tak bukak untuk business lagi. Mungkin masih bercuti raya. Maklumlah raya kan sebulan.
Kawan aman cakap kalau lagu tu kita semua pegi breakfast kat White House lah. Ok jugak sebab aman memang tak pernah lansung breakfast kat sana walaupun dah pernah keluar dalam Jalan-Jalan Cari Makan kat TV3. Lupa nak bagitau White House nie nama satu kedai makan yang bertentangan dengan  Masjid Muhammadi bukannya kediaman Rasmi President Barack Obama kat U.S.A.

Selepas parkir kat depan Istana Jahar, kami menapak ke White House yang terletak tak jauh untuk membuatkan kami berasa penat. Terkejut kami melihat betapa ramainya manusia kat dalam White House sehinggakan tiada tempat untuk kami melabuhkan punggung. Intai punya intai, tengok punya tengok, ade seorang brader berbangsa Cina sedang brekfast sorang diri. Kami dengan cara yang baik meminta untuk tumpang duduk kat situ dan dia bermurah hati untuk membenarkan kami duduk kat meja dia. 

Memandangkan kami bertiga nie tak pernah lansung breakfast kat sini, kitaorang jeling-jelinglah ape orang lain makan. Jadi, kami order ape yang orang lain order iaitu kopi susu, roti bakar dengan kaya dan telur separuh masak. 

Ramai sungguh pelanggan. Mat saleh pun ade

 Kopi, telur dan roti bakar

Selain ape yang kita order, kami jugak ade ambil nasi berlauk yang sudah siap dibungkus yang diletak kat atas para berdekatan dengan dapur. Aman pulak hanya makan nasi lemak yang memang dah tersedia kat atas meja tapi aman tak berapa suka sebab agak pedas.

Selepas mengucapkan thank you kepada auntie yang membawa order kitaorang, aman menghirup kopi panas, emmm...sedapnye, lama tak minum kopi macam nie. Kemudian, aman menyapu butter dan kaya keatas roti yang baru dibakar.Emm...sedap. Tak puas rasanye makan dua keping. Habis roti bakar, beralih kepada telur 2 bijik separuh masak. Taruk sedikit kicap masin dan white pepper, baru sedap. 

Dah habih makan, berborak sikit, tengok kiri kanan. Apa lagi bayarlah. Takkan makan free pulak kot.


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu