Ahad, 5 Ogos 2012

Makan Western Food Kat Kota Bharu

Kalau teringin nak makan western food kat Kota Bharu nie memang berlambak, cumanya satu saja. Namanya memang dah western food tapi pada pandangan aman tak nampak macam western food pun. Kalau pegi mana-mana kedai makan kat Kota Bharu nie, yang ade dalam menu hanya dua iaitu samada lamb chop takpun chicken chop. Kalau nak kata sedap, yes tapi kalau nak kata authentic tu taklah sebab masakan tu dah mix dengan cara masak kat timur, gaya masakan kita.

Kalau anda betul-betul nak makan masakan barat yang kira original, aman cadangkan untuk makan kat Pizzeria Traudi yang terletak kat jalan seri cemerlang. Jangan pegi belah siang sebab kedai makan yang dimiliki mat salleh nie hanya dibuka belah malam jea.

Walaupun harga memang boleh tahan tapi portion setiap hidangan tu boleh share dua orang. Betul, aman tak tipu. Tengok gambar order yang aman pesan nie


Lamb chop dia memang sedap. Potato dan sayuran pun masak elok tak mentah macam tempat lain. Kawan aman pulak order lasagna. Dia yang sememangnya makan sikit-sikit agak struggle untuk habihkan pesanan ditambah dengan salad yang portion dia memang besar. Tapi nasib baik salad dia boleh tahanlah.


Kalau kat kedai makan lain, kalau order chicken chop, mesti waiter tanya nak sos tomato ke nak sos lada hitam. Tapi kat sini takde sos macam tu lansung. Yang ada cuma dip sos iaitu jem. Chicken chop kat sini pulak disumbat dengan cheese dan salami yang menambah kelazatannya.


Konon takut nanti tak kenyang makan ape yang diorder ,kami awal-awal lagi dah order pizza. Pizza dia pulak punyalah besar. Nak habihkan punyalah rase macam susah sangat, yelah nak habihkan order masing-masing lagi yang sepatutnya boleh share tapi makan sorang-sorang.


Tapi at last, kitaorang berjaya habihkan semuanya dan yang tak habih kitaorang bungkus bawak balik. Tak baik membazir. Membazir sedara syaitan. Takyah nak malu kalau nak mintak bungkus sebab bukan buat salah ape pun. Lagi elok kita bawak balik sebab nanti pun makanan yang tak habih selalunya kedai makan akan buang.

6 ulasan:

  1. Yep, kedai ni memang sedap. Real pizza. Selalu nampak tuan kedai ni gi shopping di tesco :)

    BalasPadam
  2. Teraudi ni memang sedap. Saya selalu gi makan situ. Cuma ada satu restoren nama Western Deli ni saya pergi ingatkan dapat makan western la. sekali dapat kaki lipas dalam celahan spageti. bila saya cakap kat cashier, kena paksa bayar juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Western deli ni kat mana sedara ?

      Padam
  3. Jangan pegi belah siang sebab kedai makan yang dimiliki mat salleh nie hanya dibuka belah siang.??

    dia buka masa mana boh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hari-hari pukul 1.30tgh-11.30mlm. Isnin hari cuti. :))

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...