Sejenak Di Pantai Kundur



Kalau saya sebut Pantai Cahaya Bulan, semua orang nak kenal dan tahu kat mana tempat tu. Kalau saya sebut Pantai Kundur, korang kenal dan tahu tak kat mana ?

 Lambaian pohon kelapa yang sempat aman snap masa kat pantai kundur




masjid kuala besar yang baru siap. penuh dengan gaya asli kemelayuan kelantan

Tak macam PCB yang famous sebagai tourist attraction dan untuk makan colek kat gerai-gerai yang berlambak kat sana, Pantai Kundur is less known by other. Kiranya ramai tak kenal even kalau bagitau kat orang kelantan sendiri pun diorang no have idea kat mana Pantai Kundur nie. Lokasinya sama macam nak pegi PCB tetapi kena masuk ikut jalan nak pegi Kuala Besar. Masuk saja jalan Kuala Besar, ada 2 options jalan boleh guna. Satunya jalan Sekolah Kedai Buloh dan satu lagi jalan yang hendak menghala ke LKIM. Takyah cari dalam google map, confirm tak jumpa punya. Nak cakap betapa unknown tempat nih.

Kalau PCB pantainya pun dah kena pasang tembok sebab hakisan, kat Pantai Kundur, pantainya masih landai dan cantik. Kat sini orang pun takde except orang tempatanlah. Yang peliknya orang kita tak tahu tapi aman tengok ramai tourists dari luar kat sini. Diorang selalunya pegi dengan berbasikal. Kiranya tempat nie famous dikalangan orang luar negara tapi orang kita sendiri tak tahu. Aneh sungguh. 

Kalau PCB famous kerana colek dan tembok penghadang ombak, kat Pantai Kundur nie memang terkenal kerana perusahaan ikan masin. Nak cari keropok yang sedap. Silalah datang ke Pantai Kundur. Nak beli batik direct dari pembuatnya, korang datang sendiri ke Pantai Kundur. Memang ramai yang cari makan dengan membuat batik. Korang kena pegi tengok sendiri macam mana susahnya nak menghasilkan sehelai kain batik nie. Sehelai nie memakan masa dua hari beb.




Kalau kat Sabak ade kubu pertahanan ketika perang dunia kedua, kat Pantai Kundur pun ade jugak. Kubu-kubu yang aman tengok masih dalam berkeadaaan baik dan tak dihakis ombak pun sebab terletak kat kawasan yang agak selamat.

sejarah yang dimamah usia

Saya tak akan puas untuk selalu datang ke Pantai Kundur kerana ianya sememangnya aman, kerana keramahan penduduknya, kerana dapat tengok dan belajar serta appreciate kehalusan batik, dapat tengok nelayan kecik bawak naik ikan, dapat tengok macam mana ikan masin dibuat. Kat bawah nie sedikit gambar kat pantai kundur yang sempat saya snap untuk dienjoy bersama dengan pengunjung blog ini.....


  disebelah sana adalah pantai kundur, disebelah sini adelah pulau kundur

 Sini memang banyak pokok kelapa.Nun disana pantainya yang membiru


 Anak pantai kundur yang girang

Ulasan

  1. sebenarnya banyak masjid2 hok comel2 tengah wat ataupon baru siap di kelate tp xde org nak highlight dan bukan terletak di jalan utama..kalo saudara berkelapangan boleh la buat episode berkenaan masjid2 ni plak..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaallah.apa yang sedara cakap tu mmg betul.even, masjid yang saya tunjuk kat sini ni pun terletak jauh kedalam kuala besar.

      by the way, it's much more better if u can pun your name or nickname or it's great comment under google account if you have one

      Padam

Catat Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu