Selamat Ke Universiti

Dua tiga minggu nie aman agak sibuk sikit. Sibuk menziarah sedara-mara yang baru nak sambung belajar ke universiti. Ada yang dapat dalam negara dan ade jugak yang dapat pegi oversea. Yang dapat pegi oversea paling best sebab dapat merasai pengalaman dan budaya yang sekonfirmnya lain dari yang terbiasa kat sini. Bagi yang takleh pegi oversea tu janganlah terkilan. Mungkin sekarang tak lagi, mana tahu masa nak sambung peringkat post graduate takpun phd, masa tu dapat offer buat kat oversea. Rezeki masing-masing. Allah dah bagi yang terbaik buat kita.

Selain yang bakal bergelar mahasiswa, mak bapak diorang sama naik kalut. Check dah cukup ke belum segala benda, dari penyapu hinggalah ke spender. Document penting mesti nak kena check takut nanti tertinggal pulak. Beg takyah cite lah, macam nak pindah rumah. Tapi takpelah, dah excited dan seronok. Aman pun macam tu jugak dulu.

Aman ingat lagi dulu masa nak berangkat, habih kaum kerabat datang nak ucap selamat. Rasa macam nak pegi naik haji pulak. Seronok seronok juga tapi bab sedih tu ade jugak. Ya, sedih sebab that time is come to left the family and will to stand on my own foot. Kenalah belajar berdikari. Baju seluar semua kena basuh sendiri dah. Kalau kat rumah, ade mak yang tolong basuhkan. Sedih pun kejap jea. Tak sempat nak sedih pun. Sibuk dengan belajar. Lagipun kawan ramai kat sana.

Time macam nie lah bakal mahasiswa boleh jadi instant milionaire. Ape taknya, ade yang melawat hulur, ade yang tak sempat melawat, kirim. Mana tak loaded bakal mahasiswa masa nie. Simpan duit tu. Jangan buat berjoli pulak. 

So, to conclude, aman nak share lagu nie dari Hazami bertajuk Tekad. 1st time aman dengar masa minggu orientasi kat universiti. Memang betul-betul menusuk kalbu lagu nie bagi aman. Bagi orang lain tak taulah.


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu