Selamat Pagi Kota Bharu : Sesi Berjalan La Pulak






Nampaknye fajar dah menyinsing. Cuba tengok kat atas, gambar yang aman sempat ambik lepas semayang subuh. Dari malam yang gelap yang beransur siang. Best tengok bintang waktu nie. Clear giler.

Sebelum nie kalau nak pegi mana-mana, aman akan pergi dengan kereta. Drive kejap sampai. Even nak pegi kedai runcit yang berape langkah tupun dengan kereta. Sebab dah puas drive kehulu kehilir, aman nak try jalan kaki. Aman tengok mat saleh selamba jea nak pegi mana-mana jalan kaki. Ok jea. Dah la panas terik. Takde la pulak diorang kata panas. If they can do it, why not me ?


Aman parking kereta kat KTC dan dari situ aman berjalan kaki untuk ke KB Mall. Jauh tu. Tengok kat bawah nie. Nampak tak jalan ? Jalan tu lah yang aman lalu. Tapi takde la panas mana pun. Yelah jam baru pukul 9 pagi. Sejuk lagi. 

Nampak dari sini, apartment KBCC dan KB Mall dan juga apartment paling awal kat Kelantan

 Suasana kampung masih subur di area bandar Kota Bharu

Aman sengaja ikut jalan belakang flat jalan bayam sebab nak beli newspaper dekat situ. Mase aman pegi nie waktu pagi, so memang ramai penjual-penjual newspaper sedang mengambil bahagian masing-masing. Ade yang 2 3 orang tu aman kenal sebab memang dah terbiasa beli magazine/suratkhabar kat gerai depa.

Lepas beli suratkhabar aman menapak lagi untuk breakfast kat gerai tepi jalan. Makan nasik berlauk sebungkus dan milo ais segelas, aman rasa ber energy. Baru semangat nak berjalan lagi. Mase aman berjalan menuju ke main road menghala ke Wakaf Che Yeh, jalan dah agak congested dengan kereta. Tapi tak apa, aman tak naik keta tapi naik kaki. Matahari dah meninggi jadi aman berjalan kat tepi-tepi kedai, teduh sikit. 

Bila kita berjalan nih, banyak perkara yang kita boleh observe. Kedai Noodle Stesen yang baru nak bukak. Hotel yang nampak suram. Pekerja-pekerja tengah kalut memunggah barang kedalam kedai sambil dicommand oleh boss diorang. Pakcik-pakcik tengah melepak with the geng kat kedai yang ade jual nasi abe mie 2, ramai orang kat situ, gegak gempita jadinya. Tak sangka menarik jugak bila berjalan kaki nie yea. Kalau jumpe orang yang kita kenal, boleh tegur.

Junction depan Bank Islam. Selalu jem. Kalau tak jem memang tak sah

Dah nak dekat kat The Courts, aman melintas ke seberang sana. Agak senang melintas kat sini sebab dah dekat traffic light, semua kenderaan beratur panjang dan mudah bagi kita untuk mencilok bukan dengan motor dengan kaki jea. 

Masa aman tiba kat KB Mall tu, kedai-kedai baru tengah prepare nak officially open. Tak kisah lah. Bukannya aman nak lepak pun kat sini. Nak pegi bayar bill telefon kat Maxis centre kat level 3 jea. 

Lepas bayar, aman singgah kejap kat kedai buku Popular sebab nampak dah bukak. Intai-intai mana-mana magazine yang boleh dibeli. Tapi lastly keluar tangan kosong jugak. 

Masa balik memang panas. Matahari dah atas kepala. Menyesal jugak sebab jalan tapi takpe. Jalan jea.

Area yang aman berjalan kaki on the way balik. Perasan tak scoreboard baru kat stadium muhammad ke 4. Ingatkan dah boleh guna, tak siap lagi rupanya. Perasan tak jugak yang extension kat hospital raja perempuan zainab II dah nak siap. KFC lengang jea waktu nih


Aman sengaja lalu ikut tepi Hotel Perdana. Saja jea nak intai setakat mana nak siap hotel nie. Kalau ikutkan tahun 2010 dah siap tapi nie dah 2012. Maksudnya 2 tahun delay. Snap gambar Hotel Perdana sekeping

Aman suka macam mana Hotel Perdana direka. Cukup mengutamakan seni bina kemelayuan.

Kompleks Perdana yang ade bowling kat dalam sana aman tengok dah uzur, dah berusia. KTC yang tak sampai sedekad tupun aman tengok berusia jugak. Jalan punye jalan akhirnya sampai jugak kat tempat kat mana aman parking kereta.
Best jugak jalan nie yea. Lain kali nak try berjalan pulak lah.....



Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu