Selamat Datang Musim Tengkujuh

Seingat aman mase bergelar seorang budak kecik, kalau banjir, seronok sangat sebab dapat main air. Area kat tempat aman tinggal nie dulunya area paya dan sawah. So kalau hujan memang confirm seghoti naik air. 

Lagi seronok kalau dapat tangkap berjenis ikan. Aman pun tak tau dari mana spesies tu datang. 

Tak seronok kalau terserempak dengan si ular. Gerun walaupun dia syok jea meluncur dalam air.

Pening kepala bagi orang dewasa. Bukan apa takut naik air dalam rumah, keta nanti nak parking mana, takut pencuri lagi. Berkerut habih bukan diorang nih. Kanak-kanak jugak yang gembira sakan. Tapi ade jugak mak bapak kanak-kanak terlebih sakan happynya dari kanak-kanak. Syok diorang kate boleh main air setahun sekali.

Bisnes man lagi seronok. Untung memang untung. Tiub tayar besar kecik, payung dan apa saja dikaitkan dengan hujan dan banjir nie akan laku.

Makanan yang tak pernah ade bulan lain akan menjelma dalam musim tengkujuh nie. Putu, ubi rebus cicah nyor, jering rebus, ikan budu. Fuhh...sedak weh, lapor ngasonye.

Kat bawah nie gambar yang aman sempat ambik pada waktu yang berbeza tapi tempat sama.

Musim panas terik....



Musim tengkujuh dah tiba...


Beringat-ingat. Seronok seronok jugak tapi safety kena jaga. Kita taknak musibah berlaku dalam keluarga kita hanya kerana sikap pandang enteng kita.

Taknak nasi menjadi bubur walaupun bubur nasik tu sedap dimakan dengan kangkong goreng musim hujan nih.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan