Khamis, 27 Disember 2012

Aduhai Dah Nasib

Hari tu hujan lebat.


Dan aman masa tu tengah drive on the way nak balik rumah. Nak dijadikan cerita masa tengah drive kat area kompleks sekolah Wakaf Mek Zainah, tetiba saja cermin sebelah driver meletup. Terkejut takleh nak cite aman. Dup dap dup dap jantung nih. Habih berderai kaca tu jatuh kat aman. Aman turunkan cermin tu ke bawah, berderap bunyi cermin jatuh. Tangan aman ada luka sikit-sikit sebab kena kaca tapi tak teruk sangat.

Aman pun tak pasti macam mana cermin nie boleh pecah. Masa tupun hujan lebat, so memang tak nampak ada orang baling batu ke, ada batu terpelanting ke, memang takleh nak cakap. Tapi memang habih aman basah kena timpa dengan hujan. Aman tak kisah dah. Aman drive laju-laju supaya cepat sampai ke umah.

Sampai rumah, aman bersihkan diri dulu takut-takut ada lagi serpihan kaca yang tak nampak. Benda nie halus so aman mandi banyak-banyak sampai yakin dah takde serpihan kaca yang melekat kat badan. Baju dan seluar aman asingkan. Mana tahu takut-takut ada serpihan kaca yang melekat. Pastu baru pegi tengok kereta. Aman cuci kaca yang pecah kat bahagian driver elok-elok, intai lagi takut ada lagi yang tertinggal. Ingat nak pegi bawak pegi kedai terus hari tu jugak tapi sebab hujan, kena tunggu hujan tak turun baru boleh bawak pegi. 

Aman semalam baru bawak pegi kedai. Ambik kesempatan sebab semalam cuaca elok. Tak lama tukar cermin nie. Kejap jea. Tapi seratus lebih jugaklah yang hangus. Melayang duit aman. Tapi nak buat macam mana kalau nak rugi. Terima jelah. Mungkin lain kali ada rezeki jatuh dari langit kot sebagai ganti. Mana tahukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...