Jumaat, 28 Disember 2012

Aduhai Makwe Nasib Baik Sahabat Ada

Aman nak create suatu situasi...

Katakanlah tengah bawak kereta atau motor, entah kenapa, entah silap kat mana, rosak ditengah jalan. Dah la tu pulak rosak pulak kat laluan yang tak berape ada kenderaan yang lalu untuk membolehkan kita melambai tangan meminta sapa-sapa yang prihatin kepada kita. 


Tengah panik tu ( kejap !! Orang laki kalau apa-apa terjadi diorang panik ke ? Selalunya takkan tunjuk diorang nie gelabah atau panik. Dalaman memang ada tapi luaran cool jea ) diambilnya handphone dan terus menelefon makwe. Makwe yang tengah syok tidur pun angkatlah telefon. Sempat jugak membebel sorang-sorang kejap sebab kacau tengah sedap bermimpi tadi. Mimpi Justin Bieber.

"Hello" kata makwe.

"Awak. Motor saya rosaklah" kata pakwe.

"Yeke ?? Kat mana ??" makwe buat-buat panik.

"Kat tepi jalan nie. Orang pun takde nak mintak tolong" kata pakwe.

"OK ok. Awak try tengok motor tu dulu pastu awak try lah lambai tangan. Mana tahu ade orang yang berhenti. Ishh...risaunye saya. Awak okkan ?" kata makwe.

"Saya ok jea" kata pakwe.

"Takpelah. Kalau apa-apa nanti awak call saya balik yea" kata makwe.

"Ok. Awak jangan risau tau. Bye" kata pakwe menamatkan perbualan. Makwe sambung tidur.

Dah telefon makwe, cari lagi no phone yang ada. Dah jumpa terus call.

"Hello" jawab panggilan.

"Ayie. Aku nie. Eh..motor aku rosak lah" katanya.

"Ok. Kau tunggu kat situ. Nanti aku pegi sana. Ko kat mana nie" kata sahabatnya tersebut.

"Kat tempat selalu kita memancing tu" katanya lagi.

Dalam saat genting macam nie, sahabat kita jugak boleh diharapkan. Yang dipuja-puja, yang diingat-ingat buat biasa-biasa macam takde ape yang berlaku pulak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...