Isnin, 17 Disember 2012

Erti Sahabat - Apa Maknanya Kepada Kita


Sepanjang aman terjun dalam dunia blog nih, post yang paling mendapat sambutan, maksudnya paling ramai yang baca, adelah berkaitan persahabatan.


Friendship

Apekah ertinya kepada anda ?? Adekah ianya too important untuk anda ?? 

Adakah anda angguk tanda setuju atau mungkin anda menggelingkan kepala tanda tak setuju akan pertanyaan aman ini ??

Timbul persoalan kat dalam kepala otak aman yang cerdik nie. Kita mencari sahabat dan kita dambakannya tapi adekah kita sendiri sudah bersedia untuk menjadi seorang sahabat kepada sahabat kita ?? 

Adakah kita sanggup bersusah payah untuk sahabat kita dikala orang lain sudah pun menjauhkan diri ? 

Adekah kita sudah bersedia menerima sahabat kita seadanya tanpa melihat rupa paras, kecerdikan, hartan dan sebagainya ?  

Ape yang aman ingin sampaikan kat sini adelah sebelum kita nakkan the best friend in the world terlebih dahulu kita nie, diri sendiri, menjadi the best ever friend I ever have kepada orang lain.

Sebenarnya tak susah mana pun nak jadi the best ever friend I ever have nie, hahaha...sedap jea aman kata tak susah, tapi takpelah kita pakat-pakat usaha...cubalah buat baik kat orang lain. Tu jea resepinya. 

Buat baik ??? Lagu mana tu ??

Baik sungguh aman nih. Tanya pastu jawab sendiri...

Buat baik...Kalau orang cite rahsia ape-ape pun jangan cite kat orang lain, kalau dia cite huduh pasal orang lain a.k.a mengumpat, janganlah sound terus, tapi nasihat dalam berlapik. Kalau dia sedih, tengah berduka nestapa, sekadar kita ada untuk temankan dia pun dah cukup, kalau mampu berkata-kata, emmm..yang tu lagilah baik. Pastu pulak kalau sahabat kita nie buat benda tak elok, mentang-mentanglah rapat bebenor, kita pulak lebih-lebih mengipas. Ish, nie naughty. Takleh buat sahabat spesies lagu nie. Truly sahabat bila kita buat silap, buat salah, lantas dia menegur walaupun itu pahit. Truly sahabat jugak adelah yang jenis ajak ke arah kebaikan. Dia buat macam tu sebab taknak masuk syurga sorang-sorang. Dia nak masuk syurga beramai-ramai.

Jadi, marilah sebelum kita nakkan seorang sahabat, kita terlebih menjadi seorang sahabat.

Lagi satu, dengar lagu nie by Najwa Latif. Best song nie.

 source : youtube
  
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...