Kota Bharu Hujan Hari Hari

Minggu lepas, panas terik lagi. Aman fikir tahun nie tak jadi kot nak banjir. Panas sepanjang hari nih. Selalunyelah, macam tahun-tahun lepas, bulan Oktober, langit dah start gelap, hujan hari-hari tak berhenti.

Ini dah masuk minggu baru. Hujan dah hari-hari turun. Kadang-kadang lebat, kadang-kadang renyai-renyai. Tapi boleh kate hujan tak puas nak turun. Matahari pun aman tengok dah malu-malu nak show up. Asyik menyorok belakang awan jea memanjang.


Dua tiga hari nie, aman dapati certain places, selalunya kawasan rendah lah, air dah start naik. Takdelah dalam mana pun tapi dah naik air lah. Air melimpah-limpah sampai lorong yang biasa aman lalu pun dah digenangi air. Nak lalu dengan kereta pun kena bawak slowww jea. Risau jugak. Kan drive deras terlajok engine mati masa tu, tak ke kes naya.

Aman tengok budak-budak bersama dengan mak bapak budak bukan main seronok lagi main air. Alert adik abe kakok. Seronok-seronok pun keselamatan kena jaga. Bukan setakat kita yang seronok, segala jenis binatang berbisa lain pun seronok jugak. Memang dah jadi kes biasa, tengah mengarung air bah, mak batik melintas.

Oo ya. Kalau sebut pasal tengkujuh nie tak seronok kalau tak sebut makanan musim tengkujuh. Baru semalam aman beli 3 ekor ikan budu kat Berek 12. Dah start ade dah. Tapi ikan budu nie tengok orang buat jugak. Pernah dulu, tahun lepas lah, beli ikan budu tapi tak berapa sedap. Aman makan jadi gatal dalam mulut. Nak garu takleh sebab dalam mulut. 

Kalau tengok kiri kanan jalan, dah banyak gerai bukak jual putu mayam. This is also sold only during monsoon season. Aman tak berape gemar putu mayam nie. Sebab tu aman jarang beli. Kalau orang lain beli aman makan, tak tolak. Ishh mana boleh tolak rezeki, tak baik. 

Sebenarnya aman lagi suka putu bamboo. Tapi sekarang sukar nak jumpa gerai yang jual. Kalau dulu, masa aman kecik lagi, kat pasar malam memang confirm ada. Sekarang, kat pasar malam pun takde. Ingat aman paling last aman beli 3 tahun lepas kat Bangi, ade pasar malam kat sana jual putu bamboo. Memang puas makan. 

Banjir nie walaupun membawa kesukaran kat kita, bagi aman it is a blessing. Dengan negara kita terlebih air, negara lain nak tengok hujan turun setahun sekali pun susah. Lepas tu pulak ape yang aman saksikan, kalau banjir kat tempat kita biasa-biasa jea tapi kat tempat orang, banjir terlalu ganas, ramai nyawa melayang, rumah, kereta dan harta benda lain semua hanyut. So, jom kita bersyukur. Think optimist no pessimist

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu