Pada Suatu Ketika : Ikut Mak Ke Pasar


Kalau tengok budak-budak ikut mak bapak diorang ke pasar, aman feringat balik masa aman kecik-kecik dulu. Aman taktau kenapa tapi masa tu, pada suatu ketika tu, aman suke sangat follow mak ke pasar selalunya on weekend. Hari lain sekolah.


Dulu kalau mak nak beli banyak benda macam ikan or sayur or daging, kami selalu pegi ke pasar pagi kat Jalan Hamzah, tapak sama KB Mall tersengam sekarang. Apa yang aman ingat, ayah aman park keta dia kat Burger King sekarang. Dulu kat situ ada sederet kedai makan. Kalau orang yang biasa naik bas kat jln hamzah dulu-dulu mesti tahu sebab kat sini selalu penuh dengan pelanggan. Selalunya penumpang yang naik bas akan singgah makan takpun beli bekal untuk travel nanti. Aman sefamily pun slalu singgah breakfast kat sini lepas mak dah selesai menjajat beli ape yang perlu.

Kat pasar jln hamzah nie, pasar terbuka, mana ade bumbung untuk berteduh panas atau hujan. Semua yang berbisnes kat sini ade payung masing-masing. Lepas tu barang jualan diorang letak keliling diorang. Si penjual kena lenggok tengok atas manakala customer tunduk sikit. Masa nie kedua pihak guna skill masing-masing. Satu nak attract customer dan yang satu pihak lagi try tawar menawar untuk dapat harga terbaik. Mak aman selalu kalau nak membeli, dia akan pegi ke penjual yang dia dah biase, senang cite pelanngan tetaplah, regular customer mat salleh cakap.

Memang riuh rendah sangatlah kat sini. Seronok tengok aktiviti kat sini yang pelbagai. Lepas dah beli sayur ikan semua, masuk pulak ke bahagian jual makanan pagi. Seingat aman, hanya bahagian nie aje yang ade bumbung zink, kat sini memang banyak gerai yang jual macam-macam dari nasik pagi, pulut pagi, kuih muih, nasik tupe, tak terkira. Tapi tempat nie sempit. So terpaksa berhimpit dengan orang lain.

Tapi pasar jln hamzah nie dah takde. Semua peniaga dipindahkan ke Wakaf Che Yeh dan dari saat itulah bermulanya kegemilangan Pasar Wakaf Che Yeh sehinggalah sekarang.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu