Isnin, 3 Disember 2012

Paloh Garden Apartment Kota Bharu

Kenalan ade bagitau yang ade projek apartment terlatest kat Kota Bharu. Dia pun tak sure kat mana cuma dia cakap berdekatan dengan sekolah Cina.

So, semalam ada waktu free sebab cuti, aman pegi usha sendiri. Memang betul projek nie agak tersorok. Kena masuk lorong yang bertentangan dengan sekolah cina tu.


Ape yang aman perasan, projek nie dijalankan atas tapak sawmill. Nampak takde tanda-tanda construction dah mula tapi kawasan nie dah ditutup pastu dah ada jentera untuk piling. Agak tak lama nak start kot.

Harganya start dari berapa aman tak tahu tapi kalau tengok pada papan kenyataan projek tu, Paloh Garden nie setinggi 24 tingkat dengan 164 unit dan 4 penthouse. Turut mengandungi dewan, surau dan parking.