SMS Kerja


Ade satu hari tu aman dapat sms dari seseorang yang memang tak kenal lansung. Sms dia macam nie

"sila datang untuk interview pada..."


Aman terkejut jugak sebab buat mase sekarang, aman tak apply untuk apa-apa position pun. Kerana misterinya sms tersebut, aman pun reply. 2 kali reply baru saudara misteri tu membalas sms aman. Saudara misteri tak bernama tu menyuruh aman membukak email. 

Ok. Nanti depan komputer, aman bukak lah. Nak bukak kat situ terus mana boleh. Handphone secanggih aman pakai nie hantar sms dan buat panggilan bolehlah. 

Bila dah mengadap komputer, bukak internet siap-siap, make sure internet coverage bagus, aman pun bukak lah email seperti saudara misteri tak bernama tu suruh. Sebenarnya aman berminatlah jugak, mana tahu yang nie offer gaji lagi mahal...hahahahaha.

Yea memang betul. Ada email dari saudara misteri tu meminta aman untuk hadir pada venue dan date yang telah dinyatakan. Bila tengok tu hilang dah minat. Sign out account email, surfing benda lain lagi best.

Reason kenapa aman tolak mentah-mentah sebabnya ( aman bukan besar diri yea ) selalunyelah, masa aman mintak keja lepas habis mengaji dulu, diorang akan telefon aman menggunakan fix line bukannya number handset. Dan mereka tak sms tapi call. Dan lagi tak pernah diorang guna bahasa melayu. Semuanya berbahasa English. 

Lepas tu pulak, diorang dah awal-awal bagitau diorang dari company mana dan position apa yang aman dapat untuk dipanggil interview. Mereka juga explain bila akan interview dan baru selepas itu, mereka akan email pulak kat aman. 

Tapi yang kes kali nie, email tu tak bagi info jelas. Sape yang hantar pun tak sure. Lepas tu pulak penghujung email tu ade bagitau aman kena tolong dia baru dia dapat tolong aman. Yang nie memang pelik bagi aman. Company ape yang mintak tolong aman ?? Nak suruh aman jadi CEO dia ke ?? Mane tak buat aman sangsi.

Sebab tulah aman abaikan saja.

 

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan