Isnin, 21 Januari 2013

Al Kisah Shopping Di Kota Sri Mutiara


Kota Sri Mutiara, emm...memang indah namanya mula bukak pintunya kepada orang ramai pada tahun 2000 tapi masa tu bahagian belah
atas hotel dan apartment tak siap lagi, masih under construction.


Ape yang aman boleh kata Kota Sri Mutiara nie adelah 2nd intergrated project kat Kelantan nie yang mengandungi shopping kompleks, unit apartment dan sebijik hotel bertaraf 5 bintang. So yang 1st kat mana ? Aman berpendapat bangunan JPP sebelah Hotel River View yang ada bangunan pejabat, shopping kompleks dan parking bertingkat [ dah ada solar panel dah, canggih dah ]. 

 shoppingdiklate.blogspot.com

Niat aman pegi ke Kota Sri Mutiara nie baik, takde niat hudoh. Aman nak pegi beli seluar baju, rasa tak syok pulak asyik duk pakai baju seluar sama tiap minggu tiap bulan, dah la tu kawan aman cakap style aman bak orang umur 60 tahun. So, nak gi cari pesen baru la nie biar nampak muda balik. Lagipun kawan aman yang suggest beli kat Billion Kota Sri Mutiara, katanya murah kalau nak banding kat KB Mall dan Parkson.

What a suprise ! 

 ucuk photopages.com


Renaissance Kota Bharu

Seingat aman dulu kat sini boleh kata meriah tapi sekarang nampah macam lesu jea. Unit kedai yang ada pun banyak yang tak bukak ditambah pulak dengan usia Kota Sri Mutiara dah lebih sedekad, sudah nampak kat dalam tanda-tanda keuzuran dan little bit ketinggalan zaman. Bagi aman lah, nak kena refurbish balik nie. Orang ramai pun tak berape tak macam dulu memang penuh dengan pengunjung. Yang meriah pun kat belah atas, kat pusat bowling. Kedai2 yang sebelum nie ada kat sini pun. kebanyakan dah lari ke KB Mall.

Pihak pengurusan Kota Sri Mutiara must do something supaya KSM sentiasa relevant. Ditambah pulak nanti dengan kehadiran 3 buah shopping kompleks di Tunjong, makin kuat persaingannya. KB Mall dah start react dengan menambah 3 tingkat baru yang ade pawagam kat dalam sana.

Mengarut ke lain la pulak. Dah beli seluar baju tu tujuan aman kesini dah pun selesai tapi berharap sangat dimasa depan KSM diupgrade. Barulah on par dengan Hotel Renaissance 5 Bintang kat sebelah tu yang menjadi lokasi persandingan goal keeper Kelantan, Apek dan bininya.

Bini Apek nama ape dah ?? Lupa pulak. Lieuney kan ?? Betul ke tak aman eja nih.

Highest in east coast.Soon the title will be taken by new projects like Lagenda Tunjong, Embunuri and project some say by Bolton Group

1 ulasan:

  1. Memang benar kota Sri mutiara kini kian lesu. Banyak kedai yg dah ditutup. Org beralih ke KBAT, Tesco dan Aeon

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...