Selasa, 22 Januari 2013

Berbaloi Ke Nak Beli ?? Yang Mana Satu Perlu Didahulukan ??

Kereta atau Rumah ?


Yang mana satu agaknya perlu didahulukan dulu. Pening aman dibuatnya. Kalau tengok kawan-kawan aman yang lain, lepas dapat kerja tetap, kerja dua tiga bulan, beli kereta, mostly Perodua atau Proton. Ada jugak yang bergaji berpoket tebal lagi suka kereta macam Peugeot, Honda, Toyota, Ford dan ada brand lain lagi. Kata mereka kalau takde kereta susah nak gerak, nak harap public transport ? Sorilah....Tu kata mereka, bukan aman. Aman lagi suka naik public transport sebab boleh jimat banyak duit. 

Mase aman tengah mengaji lagi, abang-abang aman pesan, nanti kerja, jangan beli kereta dulu. Kumpul duit beli rumah. Ada betul jugak. Sebab kalau kereta nilainya makin lama makin surut. Kalau rumah, makin lama makin naik. Ade betul juga diorang cakap. Ada point.

Kebetulan pulak sekarang aman pun dah ade kereta. Walaupun kereta lama, semput sana sini tapi kalau nak gerak mana-mana tu still boleh. Orang cakap masih reliable. Kalau beli kereta baru, nak kena bayar bulanan pulak. Lepas tu kalau tak lama aman nak beli rumah pulak, terfikir jugak lepas ke kalau nak buat pinjaman rumah ? Dengan rule Bank Negara sekarang yang mengira samada seseorang tu layak ke tak pinjam duit secara net income, lagi susah nak lepas. Rumah pulak kalau tak beli sekarang, makin lama makin mahal. Kalau makin murah takpe.

Pening-pening.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...