Complaint 24 Jam

Nie aman nak share cerita sikit.

Nama dia Nek Limah ( bukan nama sebenar ). Nek Limah nie janda. Dia bercerai masa anak-anak dia kecik lagi. Untuk menyara keluarga, Nek Limah buat keja macam-macam. Dari mengutip daun tembakau kat Bachok hinggalah menyapu
dan mengutip sampah kat kuaters polis. Walaupun miskin dan ramai tanggungan, Nek Limah tak pernah complaint bahkan dia sentiasa bersyukur kerana Allah setiap hari berikan dia sekeluarga rezeki.

Budak nie pulak aman baru kenal. Baru pun dah setahun lebih jugak. Eloklah aman gelar dia sebagai Adi. Adi nie bukan berasal dari keluarga senang. Ayahnya driver kereta sewa dan ibunya cleaner kat jabatan kerajaan. Untuk tolong mak ayah dia menyara keluarga, Adi buat macam-macam kerja. Kalau tengok dari fizikal Adi dah boleh tahu dia dah terbiasa buat kerja berat. Tapi aman tak pernah tengok dia complaint. 24 jam happy jea. Senyuman sentiasa terukir kat wajahnya. 

Ok. Nie nak cerita perihal kita pulak. 

Mungkin kita nie dah terbiasa senang, kita jarang bersyukur dengan apa yang ada. Selalu jea mesti ada benda nak complaint. 

Dah ade telefon canggih tu pun complaint lagi nak tukar yang lain.

Motor dah ade tapi complaint lagi motor tak laju.

Kereta dah ada tapi complaint lagi kereta sempit sangat, malu nak bawak awek.

Diri dah kaya raya tapi masih complaint duit tak cukup. 

Rumah besar gedabak tapi complaint lagi rasa sempit.

Kerja tetap dan gaji ribuan ringgit tapi masih complaint gaji ciput, tak cukup.

Aduhai kita...tak pernah bersyukur dengan apa yang ada.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu