Ahad, 20 Januari 2013

Lesen L

Bila drive lepas tu berselisih dengan kereta Kancil yang kiri kanan depan belakangnya melekat label L, aman ingat balik zaman masa aman sendiri yang
masuk sekolah memandu dulu.


Kalau kebanyakkan kawan aman dah unofficially dah memang pro drive kereta dan motor [ lesen jea takde lagi ], aman bila masuk belajar tulah baru 1st time pegang stereng kereta. Rasa kenaling [ bimbang ] dan excited bercampur baur. Jenuh cikgu sekolah memandu yang aman panggil pokcik ajar macam mana nak bawak kereta, aman nie tak jugak paham-paham. Sampai pokcik tu naik tensen tapi sabar jea lah.

Aman pegang stereng sampai lenguh tangan, pastu pulak minyak pun tak berapa berani nak tekan. Pokcik tu dah banyak kali suruh tekan minyak suruh kereta laju sikit, aman nie pulak tekan macam taknak. 

Yang kelakarnya, masa test nak ambik lesen P, orang lain kalau tak pass, tak pass yang section bukit, aman nie pulah entah apehal tak pass yang section jalan raya. Brader JPJ tu cakap aman tak pass sebab tak tekan minyak. Slow sangat. Yeke ? Ingat aman dah bawak laju tadi..hahahaha..

Dah failed sekali, masa semester break, sekali lagi aman ambik test. So kali nie dah confident habih dah. So yes i did it. Akhirnya aman lulus dan dengan bangganya mendapat lesen P.

2 ulasan:

  1. Kenangan2 sume tu...huhu... Jadi skrg saudara dah mahir pandu kereta? Kita kena selalu biasakan diri buat sesuatu baru kita terbiasa dan mahir.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...