Isnin, 11 Februari 2013

2 Tahun Sebagai Blogger

Dua tahun. Satu tempoh yang lama tapi bagi aman tak berape lama. Tempoh dimana aman start bergelar seorang blogger.

Kalau nak kasi perumpamaan, macamlah bayi baru start nak berjalan. Bertatih lagi tapi merangkak tu dah kira pro. Aman pun macam tulah jugak. Baru start nak gagah selepas pandai merangkak. Kalau kira expert memang jauh lagilah sebabnya banyak lagi aman kena belajar untuk improve macam mana aman handle dunia blog nih. 
Sebenarnya aman registerkan blog nie dah lama, dah lebih 2 tahun tapi biar macam tu jelah sebab tak tau nak mulakan macam mana. Tengok orang lain ade blog, aman pun nak ada blog tapi tak tahu nak tulis apa-apa, tak tahu nak start macam mana.hahahaha.

Apa yang mula sekali aman post kat blog maafsebut.blogspot nie sekadar abc sebab nak test jadi ke tak. Lepas tu biarkan lama tak terusik. The main reason is aman takde focus. Bila kita nak buat sesuatu, kita nak kena ada objektif dan apa aim kita, apa golongan sasar kita. Tapi aman masa tu mana ada fikir semua tu. Just tengok orang lain best ada blog, aman pun nak ada blog jugak. Memang awal-awal tu ,aman post kan ape jea yang terlintas kat otak, memang serabutlah blog aman masa tu, takde fokus lansung. Lepas lama-lama tu, bila dah lama berblog, barulah aman tau aman nak fokus dalam apa. Kita takleh nak tiru orang lain. Contohnya kalau ade orang buat pasal blog sukan, kita pun tiru jugak. Kalau kita minat ok, tapi kalau tak minat bagaimana ? Tambahan pula masa awal start blog tu bukannya ada orang tengok pun blog kita. Kalau search kat google pun confirm memang takde. Kalau tak determine betul-betul, tak give up,emm...awal-awal memang dah malas nak menulis dalam blog nie. Tulis buat ape kalau takde orang nak kunjung ke blog kita. Itu pentingnya minat. Kita buat sebab minat. Bukannya sebab nak trafik tinggi ke, nak dapat duit iklan ke, nak glamer ke. Sebab semua tu akan datang sendiri kemudiannya. Bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian, ade betul jugak orang zaman dulu cakap.

Korang rasa nie blog aman yang ke berapa ?? Entahlah. Aman pun tak sempat nak kira. Asyik bukak lepas tu tinggal. Sebabnya macam aman bagitau tadilah. Minat takde. Minat takde semua takleh jalan. Bila minat takde senang sebenarnya nak give up.

Ape pun aman nak wish kat diri sendiri happy 2nd anniversary. Semoga aman terus istiqamah dalam berblog.Hehehe.

Kebetulan pulak. Ini post aman yang ke 400. Ada 600 lagi nak cukup 1000 posts.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...