Ahad, 3 Februari 2013

Jambatan Kedua Sultan Yahya Sudah Dibuka

Listen ! Listen ! Listen !

Berita baik ! Berita Baik ! Berita Baik !


Untuk pengetahuan anda semua terutamanya oghe Kelate especially yang menetap dan berulang alik dari Kota Bharu ke Tumpat, Jambatan ke2 Sultan Yahya telah pun dibukak kepada umum. Walau bagaimanapun, bukan keseluruhan jambatan telah dibukak. Hanya melibatkan laluan dari Pasir Pekan menghala ke Kota Bharu. 

 Sinar Harian

Laluan menghala dari KB ke Tumpat masih belum dibukak sebab kalau bukak pun nescaya akan terjun habislah segala kereta motor kedalam sungai. Ada exception. Melainkan kereta atau motor anda ada keupayaan untuk terapung diatas air atau mampu terbang ke angkasa. Laluan ini dijangka akan siap construction pada tahun ini jugak. 

 Utusan Malaysia
hamdiawang.blogspot.com

Walaupun baru hanya sebelah laluan dibukak tapi sudah mampu mengurangkan kesesakkan lalu lintas yang boleh dikatakan teruk di area Pasir Pekan terutamanya waktu petang, kadang-kadang tengah hari takpun pagi. Senang cerita, jem sokmo. 

Insyaallah bila komponen jambatan dan elevated road ini dibukak sepenuhnya dimasa depan, akan mampu menyelesaikan masalah congestion yang sering berlaku di area Jalan Hamzah, Pasir Pekan dan Lembah Sireh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...