Putu Bamboo

 
Aman teringin sangat nak makan putu bamboo. Dah merata aman cari kat Kelantan nie tapi takde. Ade jugak tanya sahabat handai, jiran tetangga takut-takut diorang tahu kat mana jual. Tupun diorang tak tahu. 

Kalau putu mayam banyaklah. Alaa...putu ubi kayu tu, takkan tak pernah makan kot. Tapi bukan putu type tu yang aman nak. Aman nak putu yang disumbat dalam buluh kecik dan disteam sebelum dibubuh kelapa parut diatasnya. Yang tu lah aman mahu.

Last sekali aman makan dah lama benar, lebih kurang 5 tahun lepas. Tu pun beli kat night market kat Bangi yang ade stesen minyak Shell tu. Kalau belah luar Kelantan senang nak beli, nie yang kat Kelantan nie yang tak jumpa-jumpa lagi la nie.

Aduhaiii...terus kempunanlah nampak gayanya. Mengalahkan perempuan mengandung pulak.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu