Akhirnya Sampai Juga Ke Kedah Darul Aman

Alhamdulillah...Akhirnya  selepas lama plan berkira-kira nak pegi menjenguk negeri di belah utara, Kedah, tercapai jua. Tak tahulah kalau tak kerana ada urusan kat sana, aman rasa tak sampai lagi kot ke Kedah. So sambil ade urusan sambil melancong, sambil menyelam sambil minum air. 

Masa dah lepas Gurun driving towards Alor Setar, dah terbentang luas kiri kanan sawah padi yang menghijau. Cantik sangat. Tapi sayangnya takde gambar sebab tengah driving, macam mana nak ambik gambar.

Kat sini adelah beberapa keping photo yang sempat aman ambik masa kat Kedah. Tupun tak banyak tapi oklah untuk dikongsi bersama.

Masjid Zahir waktu petang. Congestion giler time nie. Tu yang decide stop kejap kat sini nih


Menara jam. Nama dia aman tak tau. Orang kedah insyaallah tau

Boleh nampak menara alor setar kat belakang.

Bendera Kedah

Shopping mall kat Alor Setar ?? Semua aman redah iaitu Star Parade, Alor Star Mall dan City Plaza. Kalau Aman Sentral bukak insyaallah aman pegi jugak.

 Kelakar betul. Kononnya datang sini (Star Parade) nak tengok wayang tapi rupanya takde wayang kat sini

Gambar kat bawah nie pulak diambil masa berdekatan Tesco Mergong. Nak jugak try pegi Tesco kat tempat orang.


Ok. Next photo nie bukan kat Kedah tapi kat puncak Titiwangsa. Sejuk badan dan sejuk mata memandang. Hijau jea kiri kanan tak diusik lagi oleh manusia macam kita nie.




Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu