Sabtu, 29 Jun 2013

Jom Intai Projek Pembinaan Di Kota Bharu

Jom kita pakat pegi intai projek yang dah on the way kat Kota Bharu. Hari nie aman free banyak sebab thanks to The Red Warrior semalam yang menang piala FA, hari nie Kelantan cuti. Kerana hari nie cuti boleh la aman luang masa untuk snap pictures projek yang kat Kota Bharu nie.

First, kita pegi Tunjong dulu. Baru minggu lepas, menteri besar Kelantan merasmikan Lagenda Tunjong. Gambar kat bawah nie diambil dari facebook menteri besar Kelantan. Kalu nak tengok lebih, boleh la layari facebook MB Kelantan.


Gambar-gambar kat bawah nie pulak yang aman ambik sendiri. Masa aman ambik gambar nie takde sebarang aktiviti pembinaan pun kat sini. Yang ada hanya mesin piling sebutir. Tu jah. Lambat lagi kot nak start construction.




Yang nie pulak dekat Tesco. Nama project nie Platinum Retail And Wholesale City. Melalui pencarian di iProperty.com, retail space kat sini untuk dijual pada harga bermula pada 450 ribu ringgit pada keluasan 500 sq ft. Woii..mahalnyeee.


Dan ini dia tapak yang akan dibina nanti...




Lagi satu, katanya Aeon Mall nak dibina di atas tanah berstatus leasehold di Kota Bharu. Adakah mungkin kat sini ?? Tak sabar nak tahu Aeon Mall nak dibina kat mana. Takpe. Insyaallah kalau ade maklumat, dengan segera aman update kat blog ini.

Pandu ke arah Cherang pulak. Kat sini berdirinya 1Residence setinggi 24 tingkat. Deras sungguh diorang buat keja. Mana taknya kalau kerja pembinaan sampai ke malam.




Aman try kira manually. Dah masuk level 15.