Rabu, 26 Jun 2013

KB Mall Extension Dan Hospital Bachok

Hohoho...KB Mall tambahan nak siap dah. Ye ke ? Mungkin tak lama lagi sebab last semalam aman tengok, kren tinggi tu dah takde. Diorang dah cabut. Ape yang aman dengar tambahan kat atas tu nak tambah pawagam, tupun orang yang cakap, nak kata betul, takleh aman nak confirm. Kita pakat tunggu sampai KB Mall tambahan tu siap. Lepas tu baru lah kita dapat tahu betul ada panggung ke tak. 

Aman ambik gambar nie masa terlekat kat kesesakan lalu lintas semalam..



Khabarnye ape yang aman dengar, takleh nak kata confirm ke tak, MBO yang akan mengendalikan panggung kat KB Mall. 

Tak sabar rasanya nak tengok filem box office. 

Ok. Next pasal hospital Bachok yang baru. Entah bila la nak start bina. Rasanya dah lama sangat projek nie announce. 

Hospital baru di Bachok amat diperlukan sebab jajahan Bachok mana ada hospital. Tolonglah kerajaan pusat weh..segerakanlah pembinaan hospital Bachok. Kesiankanlah kat penduduk Bachok yang kalau nak dapat rawatan terpaksa ke Kota Bharu. Tupun Hospital KB dan HUSM dah takleh menampung bilangan pesakit yang terlalu ramai. Kalau yang ada duit tu ok lagi tapi kalau yang susah, nak keluarkan tambang untuk ke hospital terpaksa berhempas pulas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...