Politeknik Jeli

Mase on the way balik hari tu dari Kedah, aman singgah kejap ke Politeknik Jeli. Nak jenguk dari dekat rupa dia lagu mana. Sebelum nie tengok kat website jea.

Sedikit pasal Politeknik Jeli....

Politeknik Jeli telah memulakan operasinya pada 1 April 2007 di bangunan Perpustakaan Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Seramai empat orang pegawai iaitu En Mohd Sopian Bin Bahauddin,AMP (Pengarah), Tn. Hj. Ibrahim Bin Abdullah (Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik), Pn. Siti Noor Bt Abdullah (Pegawai Hal Ehwal Pelajar) dan En. Shafwan Bin Ismail (Pegawai Pembangunan) merupakan tonggak utama di awal penubuhan Politeknik ini. Buat permulaan, seramai 34 orang pelajar telah ditawarkan untuk mengikuti kursus Sijil Kejuruteraan Elektrik (SKE) bagi sessi Julai 2007 dan mereka merupakan pelajar perintis.

Kampus tetap Politeknik Jeli yang akan dibina melibatkan kos hampir RM 124 juta yang meliputi kawasan seluas 122 ekar. Kampus ini dijangkakan siap sepenuhnya pada tahun 2013. Dari segi lokasinya, Politeknik Jeli akan berada di antara bandar-bandar Kota Bharu, Lojing, Cameron Highlands, Kuala Terengganu serta Tasik Pergau,Tasik Banding dan Tasik Kenyir yang menjadi pemangkin kepada program-program yang ditawarkan seperti Elektrik & Elektronik, Mekanikal, serta Agro Teknologi dan Bio-Industri.

Pada 14 Februari 2013, Majlis Penyerahan Projek Kampus Tetap Politeknik Jeli telah diadakan di Kampus Tetap Politeknik Jeli oleh pihak JKR kepada Jabatan Pengajian Politeknik. Bermula dari 1 Mac 2013, Politeknik Jeli Kelantan telah beroperasi secara RASMI di Kampus Tetap Jeli. Pengambilan PERTAMA pelajar dilakukan pada semester Jun 2013. Program yang pertama dilaksanakan di Politeknik Jeli ialah Diploma Agroteknologi & Akuakultur.

Photo Politeknik Jeli yang aman sempat ambik :




 

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu