Aidilfitri Datang Lagi

Pejam celik pejam celik, bangun tido bangun, sekejap jea rasanya kita berpuasa di bulan Ramadhan ini. Tinggal kurang dari 10 hari lagi bulan yang penuh berkat ini akan meninggalkan kita dan akan menjelangnya Syawal.

Walaupun Syawal lambat lagi tapi dah terasa bahangnya. Kalau bukak facebook semua cakap pasal nak balik raya, biskut raya, baju raya, semualah pasal raya. Rakan-rakan yang jauh pulak mula pening pasal tiket abih, mula buat plan nak pegi beraya kat rumah sapa. Kalau kat tempat saya nie pulak, iaitu Kota Bharu, bandar dah start penuh dengan manusia yang nak shopping. Keluar sabtu lepas rasa menyesal pulak sebab jalan raya jem, orang berpadat-padat atas satu tujuan : shopping raya. 


Walaupun kita nie semua tengah kalut nak raya janganlah pulak terlupa yang dalam 10 ramadhan terakhir nie adanya malam Lailatur Qadar. Jangan la pulak busy sangat buat persiapan raya sampai kita terlepas malam yang dimana seperti beribadat 1000 bulan. Kalau dibahagikan lebih kurang 83 tahun. Kita nie pun belum tentu sampai umur 83 tahun. Jadi, time macam nie la nak rebut. Tambahan pulak dalam bulan Ramadhan nie la ganjaran pahala berlipat kali ganda dari hari biasa. 

Pesanan buat diri dan kita semua : Jom cari dimana lailatur qadar bukannya lailatur shopping sakan.


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu