Ahad, 28 Julai 2013

Jom Makan Ikan Bakar Ana Petai

Kalau pegi Kuantan nie apa yang saya memang takleh nak miss adalah ikan bakar. Sini memang banyak restoran yang specialize dalam hidangan bakar membakar nie tapi nak cari yang sedap tu yang susah. 

Kalau nak cari ikan bakar kena pegi Tanjung Lumpur, sini memang banyak kedai makan bakar membakar nie. Dalam banyak-banyak tu saya paling suka adalah kat Ikan Bakar Ana Petai. Tau tak kenapa dia taruk perkataaan petai tu ? Sebab kalau hidangan ikan bakar tu kat atas dia ada sambal petai. Memang sedap...Tak tipu. 

Kalau nak makan kat sini, diorang ada 3 cawangan, boleh pilih mana yang rasa berkenan, kena datang awal sebab orang memang ramai. Bersesak manusia nak makan kat situ. 

Kebetulan ini adalah bulan puasa, saya pegi tempah awal-awal sebelum masuk bukak puasa. Senang buat macam nie. Datang nanti bukak puasa, semua makanan dah terhidang macam kat dalam gambar kat bawah nie



Sebab kami makan berdua saja, so lauk tak ambik banyak lah. Tak boleh order lebih-lebih, membazir tukan tak baik.

Saya order khailan ikan masin, tomyam seafood, pari bakar ana petai, sotong goreng tepung, udang masak butter dan telur dadar. 

Yang penting ini dia jus carrot dan jus tembikai size XXL...baru puas hati minum



Tak dilupakan hidangan wajib berbuka, kurma 4 bijik


Pari bakar ana petai kat bawah nie...


Kalau tak cicah dengan benda nie mana lengkap..

Saya bila dah berbukak tu sampai 2 pinggan nasik. Memang sedap betul lah tambahan pulak perut nie lapar seharian dah. Makanan yang ada semua kami habiskan. Tak baik membazirkan rezeki yang kita dapat. Kena ingat masih ramai yang takde apa-apa untuk dimakan. Kita yang serba cukup nie takleh nak buang sesuka hati pulak. 

Saya tengok ramai yang bungkus lauk yang tak habis. Bagus la macam tu. Nie tak terbiar macam tu jea. Lauk bungkus tu nanti boleh buat untuk bersahur pulak nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...