Khamis, 18 Julai 2013

Menipu Di Bazar Ramadhan


Aduhai...Ape la nak jadi ?? Saya tahu dan mengerti ramai yang mengambil kesempatan di dalam bulan ramadhan yang mulia ini dengan berniaga. Bukan lagi rahsia berniaga di bulan puasa nie untung luar biasa, lebih dari bulan-bulan biasa. Betapa hebatnya bulan Ramadhan.

Tapi berniaga berniaga jugak. Janganlah sampai terlalu mengejar keuntungan sampai tak kesah dah yang mana baik yang mana buruk. Saya sendiri dalam 9 hari berpuasa nie dan dah beberapa kali mengunjungi bazar ramadhan tak lepas dari rasa diri nie tertipu. Dengan air nyior yang harganya luar biasa hinggalah air nyior yang takde rasa air nyior pun, makanan basi, kotor, ada telur lalat menempel, lauk yang entah beberapa kali diulang jual. Boleh kata macam-macam. Anda sendiri pun saya rasa tak terlepas dari ada pengalaman yang tak menyeronokkan di bazar ramadhan. 

Nak jual mahal sikit takpe, saya tak kesah pun kalau sedap dan berbaloi untuk dibeli. Tapi kalau dah makanan pun basi, sapa yang tak marah. 

Kita taknaklah  untung yang banyak kita dapat tu takde berkat. Dapat banyak tapi cepat abih. Lepas tu termenung memikir mana pergi duit untung masa berniaga posa baru nie. Tak apa untung sedikit tapi bila kita jujur dan ikhlas, insyaallah ada keberkatan. 

Akhir kata..salam ramadhan semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...