Ramadhan Datang Lagi



Alhamdulillah....

Dengan izinNya yang Maha Esa, kita sekali lagi diizinkan untuk berada di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Bulan dimana kita akan mula berpuasa tepat lagi rabu ini dimana kita bukan setakat menahan lapar dan dahaga, tetapi juga menahan diri dari melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa. Tak dilupakan jugak tidak melakukan perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa. Sape yang nak puasa yang cacar merba. Sudah tentu kita semua berhendakkan puasa yang sempurna. 



Bulan Ramadhan jugak adelah bulan yang segala amalan kita, ganjaran digandakan berlipat kali ganda. Berapa tu tak penting kerana ianya Hak Allah. Yang penting diri kita nie perlu merebut peluang ini. Kalau tak rebut rugi. Tambahan pulak dalam bulan ini adanya satu malam iaitu malam Lailatur Qadar. Sesiapa beribadat pada malam itu seperti mengerjakan amal ibadat untuk seribu bulan. Rugi nie kalau tak rebut.

Kalau sebut pasal puasa, tak sah kalau tak sebut pasal juadah berbuka. Segala-galanya yang tiada di bulan lain, bulan inilah ianya akan muncul. Sebut saja jala mas, tahi itik, kambing golek dan macam-macam lagi ada. Pasar Ramadhan pulak sana-sini ada sampai kita jenuh nak lawat semua sekali. Nak beli macam-macam takpe tapi yang penting jangan melampau. Biasalah bila perut tengah lapar, tengok apa-apa sedap dan kalau boleh semua nak beli. Tapi apa yang selalu berlaku kat kita nie, kita beli banyak-banyak, masa berbukak tu bukan makan banyak sangat pun, yang lebih-lebih beli tadi ? Terpaksa dibuang. Kan membazir nama tu. Tak elok membazir. Kan lebih baik kita beli lepas tu kita beri kat orang lain jugak terutamanya yang kurang bernasib baik dari kita untuk merasa. Banyak tu pahala yang kita dapat menjamu orang berbukak puasa. Berbuka puasa pula kita nie janganlah terover. Janganlah makan macam lepas nie dunia nak kiamat sebab nanti kita nak solat isyak dan solat terawih pulak. Kalau terlebih mengisi tangki perut tu, kadang-kadang kita jadi cepat mengantuk, rasa tak selesalah dan kalau nasib tak baik, sakit perut dengan tiba-tiba.

Yang tak leh blahnya, puasa tak sampai lagi satu hari, tapi persiapan raya bagai nak rak. Semua dah siap beli. Sebut saja baju baru, langsir baru, kasut baru, sofa baru...nasib baik bukan bini baru. Reason diberi sebab taknak tunggu hujung-hujung bulan puasa, takut nanti ramai orang, malas nak bersesak-sesak. Kan bagus sebenarnya kalau kita semua nie prepare untuk bulan ramadhan prepare macam mana kita nak raya. Itu sepatutnya yang kita perlu buat sebenarnya.

Akhir kalam, selamat berpuasa dan beribadat di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga amal ibadat puasa kita diterima olehNya. Insyaallah.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan