Khamis, 11 Julai 2013

Tiram Pantai Sri Tujuh

Sudah jadi kebiasaan untuk saya kalau nak makan tiram mesti kena pegi beli di Pantai Sri Tujuh. Selain Pantai Sri Tujuh, saya dah cari merata tempat di Kota Bharu tapi takde pula yang menjualnya. Even kat pasaraya pun takde.

Waktu yang paling sesuai untuk pegi beli tiram adalah lepas Zuhur. Kalau korang pegi sebelum waktu Zuhur memang takde sapa pun yang jual. Sebab selalunya waktu pagi nie, mereka akan pegi mencari dulu hasil laut seperti tijoh, ketam nipah dan sudah tentunya tiram. 

Saya tak pasti pulak kalau berdekatan area Pantai Sri Tujuh tu ada gerai yang menjual tiram tapi yang pasti dimana tempat yang selalu saya beli, kena masuk Pantai Sri Tujuh tu dulu, lepas tu bila membelok ke kiri akan terdapat sebaris gerai yang menjual ikan masin. Dan gerai yang paling depan tu lah yang menjual tiram.

Kalau singgah kat gerai yang saya sebut kat atas, tiram yang ada dijual mengikut size. Kalau lagi besar size dia, harga pun lagi mahal lah. Masa saya beli hari tu saya pilih yang size medium, harganya sekilo dalam lima ringgit malaysia. Murah Bukan ? Benda fresh dari laut nie.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...