Khamis, 23 Oktober 2014

Demam



Demam..memang takleh nak jangka

Bangun tido pagi tadi, rasa sejuk semacam dan badan nih rasa lenguh lain macam. Agaknya sebab aku terlalu penat berkerja kot, bekerja mendekati 12 jam sehari dan non stop dah nak dekat 2 minggu.

Aku gagah jugak bangun, mandi terketar-ketar, dan bersiap-siap untuk pegi kerja. Singgah dulu dekat Seven Eleven cari panadol. Meronda dalam pekan cari tempat untuk breakfast. Sejak 2 minggu nih aku tak breakfast benda lain except nasik kerabu. Tak tahu lah tapi yang tu jea aku rasa boleh masuk tekak aku pagi-pagi nih. Alhamdulillah, walaupun demam, selera aku tak kurang, nasik kerabu yang aku makan rasa macam biasa, minum milo suam tanpa susu pun rasa macam biasa. Tak rasa pahit mulut macam selalu. Lepas breakfast, ambik panadol 2 bijik telan. Mintak dengan tuhan supaya demam aku ni cepat kebah. Jangan lah makin melarat. Kalau tak susah untuk aku buat kerja. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...