Isnin, 27 Oktober 2014

Maggi Tiram Kelantan

Pernah dengar pasal maggi Tiram ??

Aku pun tak pernah dengar. Kalau maggi ketam tu adelah. Maggi tiram ni sebenarnya diperkenalkan oleh member aku sendiri. Dia kata memang sedap dan rugi kalau tak try.

Aku ni kalau bab mencari tempat makan sedap memang number 1,so berdasarkan map yang dilisankan oleh member aku tu, aku pegi cari sendiri bersama adelah member-member aku yang lain. Lokasinya menghala ke Bachok, sampai kat simpang 3 Tawang, kena belok kiri, pandu jea straight sampai nampai signboard maggi tiram disebelah kanan jalan. Untuk memudahkan nak cari, lorong nak masuk gerai maggi tiram tu ada kedai hardware. Bila dah masuk lorong, follow jea signboard maggi tiram. Senang jea nak pegi gerai maggi tiram ni walaupun agak jauh kedalam.

Sampai saja, ape lagi order maggi tiram lah.Apa yang menarik pasal maggi tiram nih adelah rasanya. Memang sedap sebab kuah dibuat sendiri oleh isteri pokcik Musa, owner gerai.


 Bagi aku lagi suka makan mentah macam kat bawah nih. Just perah limau nipis dan diletak bawang sikit, lada sikit...emmm memang sedap.



Pokcik Musa prepare sendiri tiram nih. Orang lama sudah tentu memang expert.


Tiram-tiram yang disediakan sendiri oleh pokcik Musa nih memang besar dan gemuk-gemuk


Tinggal shell jea. Isi dia dah selamat kat dalam perut


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...